Jumaat, 16 November 2018

Gunung Relau 27Oct 2018

Gunung Relau Ekspedisi

RGS dan MAYC team 



Kota Peluru di puncak G relau


27th oct 2018..lengkaplah misi utk thn 2018 RGS adv menutup tirai. Line up kali ni pd pendaftaran awal adalah seramai 40 org peserta bersama2 5 org crew RGS. Gunung Relau yg terletak d Kampar Perak menjadi lokasi daypack kami yg terakhir sebelum semua hutan simpan seluruh Malaysia tutup pd 1 nov 2018 sehingga hujung Jan 2019.


Gunung Relau setinggi 951M merupakan hutan simpan bujang melaka. Bagi sesiapa yg ingin melakukan sebarang aktiviti pendakian di gunung ini perlulah memohon Permit terlebih dahulu di Jabatan Hutan Batu Gajah. Lokasi Gunung Relau adalah bersebelahan dgn Gunung bujang Melaka dan permulaan trek adalah di kawasan reakasi awam air terjun Batu Berangkai. Trek untuk ke G Relau bermula selepas rumah terakhir org asli, terdapat simpang samaada ke Gng bujang Melaka atau pun G Relau. Anda juga akan melalui beberapa kebun Durian sebelum sampai simpang ke G bujang Melaka dan Relau.

Trip kali ini line up terdiri dari pelbagai lapisan usia dari 12 thn sehingga 58 tahun.. Dari kalangan bangsawan, profesional, dan juga pemimpin Masyarakat bersatu kami atas minat yang sama utk melakukan xtvt riadah yg sihat, bersahabat tanpa mengira asal usul latar belakang. Kebanyakkan peserta adalah pendaki baru dari group MAYC Sabak dan Geng2 rakan Bukit Ipoh.


Simpang G bujang Melaka dan Relau Sebelah Kanan ke Relau
Perjalanan sejauh 5KM dan tempoh masa normal untuk ke Puncak adalah 2 hingga 3 jam. Trek yg agak pacak pd permulaan selepas merintasi sungai di simpang Relau dan Bujang Melaka. Disepanjang trek pendaki mungkin akan menemui beberapa lubang selebar 2 kaki merupakan torowong peninggalan semasa zaman komunis era tahun 1950 an.
 Apa yg menarik di puncak Relau? ada view tak? pasti ini adalah soalan yg bermain di minda setiap pendaki terutama yg mula berjinak2 dalam dunia hiking.  Jawapanya anda hanya akan menemui kotak2 peluru yg ditinggalkan komunis era 50an. Disitu merupakan puncak G Relau. Tiada view untuk di amati oleh para pendaki.

Sedikit View bandar Kampar sebelum sampai puncak

Trip berakhir setelah semua peserta tiba di kawasan parking air terjun berangkai pada Jam 4.00pm.
Kami akhirnya bersurai jam 8.00pm setelah menjamu selera di restoran Ikan bakar terletak di Bandar Bharu Kampar.

Terima Kasih pd semua line Up beri kerjasama, ada yg jauh dari sabak bernam, KL dtg utk join trip RGS. Terima Kasih juga pd Fatin Filzah yg sudi menyediakan sarapan Pagi pulut kuning kari Ayam yg mantop.
Crew2 Relau RGS  Megat Khairul Ahmad Fahmi Mior Zakie Badrul Hisham Zakaria dan Hazli Jebat mengucapkan sekali lagi welcome tp our big Family RGS team pd line up Relau terdiri dari group
 #MAYC
#BAWANG ADV
#UNISEM HIKING TEAM.

#G relau 951M
# distance return 10.58Km
#normal timing to peak 2hrs 30min

U OLS. Sempoi..