Gunung Kenderung(kiri) dan Kerunai (Kanan)
Team : RGS
Adventure Team
Trip : K2 (Kenderong-Kerunai)
Line up : 24
orang
Sabtu, hari
pertama tiba di Masjid Kg Pahat Jam 1.30 petang. Solat Zuhur dan bersiap untuk
naik 4wheel. Sampai di campsite dengan 4wheel dari Kg kenderung Pahat, loading barang dan pasang ground fly.
Briefing & Stretching. Start hiking Gunung Kerunai jam 4 petang. Layan
trek, sampai peak dalam jam 6 petang. Selfi & Wefie dengan jayanya sambil
layan sunset. Turun peak, lepas solat Maghrib. Sampai campsite jam 10 malam.
Dinner ramai-ramai. Menu shell out & nasi putih. Teh O panas. Solat Isyak.
Tidur and rest untuk gunung seterusnya.
Ahad, hari
kedua, jam 2pagi line up dipaksa bangun. Briefing & Stretching. Start
hiking Gunung Kenderung jam 3 pagi. Sampai peak Jam 7 pagi. Layan sunrise and
breakfast simple2. Selfie & Wefie. Turun peak jam 8 pagi, sampai campsite
lebih kurang jam 10.30. Sambung breakfast berat. Menu nasi goreng seafood &
scrambled egg, teh O & kopi O padu. Bersiap untuk balik, Jam 2 4wheel
sampai. Turun ke masjid Kg Pahat semula, sampai jam 3 petang. Bersurai.
Trek kering
tapi licin dengan batuan yang seroi. line up berjaya summit dua2 peak tanpa
belas kasihan terhadap diri sendiri. Campsite K2 sekarang dah ada kelengkapan
tandas untuk hikers. walaupun sungai dah tak berapa nak best untuk mandi, tapi
punca air tetap mampu digunakan untuk mandi, minum & masak. Campsite pun
luas.
Tahniah untuk
kariah masjid Kg Pahat yang melengkapkan kemudahan untuk hikers.
Tahniah untuk
line up yang sampai ke peak dgn jayanya.
Tahniah juga
untuk crew RGS yang awesome dan bekerjasama untuk perjalanan trip K2.
created by Dina Depp RGS
Adventure Team
|
2 Ulasan:
Untuk bln 9 ni, ada tak kekosongan utk hiking ke gunung kerunai. Tq
Bulan 9 RGS akan buat trip ke Gunung Yong Belar. Tapi kalau nk ke kerunai juga group kawan saya masih ada kekosongan. Boleh PM saya pada no yg tertera.. Badrul
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama