Chemerung G berembun dan Air terjun Langsir 8-10 sept 2018
Peserta CBL dari RGS team di AMBS
Line Up 23 org di Kem Langsir |
Assalamualaikum dan salam sejahtera pd pengunjung blog RGS adventure team.
Pd kali ini trip ekspedisi gunung dikelola oleh badrul dan crew2 RGS Wana,Megat, Fahmi, Jebat,zainul dan Mior lebih mengutamakan utk bersantai sambil menikmati keindahan Alam semulajadi. Air terjun Chemerung- gng Berembun dan Air terjun Langsir atau singkatan CBL amatlah terkenal dari kalangan pendaki2 tegar di Malaysia kerana disitu wujudnya AIR sungai balu Bagan yg sangat jernih, pokok2 unik seperti Pokok Meraga berlubang, bonzai dan juga air terjun tertinggi di Malaysia iaitu air terjun Chemerung (305 Mdpl),manakala air terjun Langsir pula merupakan kedudukan tertinggi Asia tenggara iaitu pd paras 805 Mdpl . Keunik pokok2 di sepanjang jalur pendakian akan membuatkan perjalanan anda lebih terpersona dan mengasyikan kerana anda akan menemui pokok Meraga berlubang yg merupakan pokok Jati tertua DUNIA dan Jeram Lesung yg tersangat jernih di Malaysia.
Jalur CBL atau CLB(reverse) sepanjang 9KM , manakala puncak tertinggi iaitu gunung Berembun setinggi 1036Mdpl merupakan ekspedisi yg sesuai pd pendaki2 baru dan juga utk pendaki yg lebih mengutamakan kedamaian dan santai semasa bercamping.
Ekspedisi Air terjun chemerung-G berembun-Air terjun Langsir CBL yg telah di rancang lama oleh Team RGS akhirnya terlaksana pd 8-10 sept 2018 dgn langkah pertama gerak kerja utk menempah tarikh ekspedisi setahun awal iaitu pd Ogos tahun 2017. Tempahan awal tarikh di jabatan hutan Dungun Terengganu oleh team RGS dibuat kerana tarikh tersebut merupakan hari cuti umum dan hujung minggu. Jabatan Hutan terengganu juga telah menetapkan jumlah permit yg akan dikeluarkan hanya utk 60 org sehari supaya khazanah hutan lebih terpelihara membuatkan turn/giliran Permit CBL agak lambat. Manakala JuruPandu(guide) hanya dikendalikan oleh Persatuan Malim Gunung CBL. Bagi sesiapa yg merancang utk ke CBL perlulah menempah awal dgn Jbatan hutan Dungun dan berurusan dgn Persatuan Malim gunung CBL.
Ekspedisi kali ini terdiri dari 23 org. Pada awalnya seramai 24 org. seorg 'Lipat' atas sebab yg x dapat dielakkan. 6 org merupakan peserta dari KL dan selebihnya dari Ipoh. Line up terdiri dari Crew2 RGS, peserta lama dan juga baru yg menyertai Trip RGS terdiri dari Adam, vincent,Siva, firdaus, epoi,cikgu radzi, Zaki,Jannah,suraya, kekjaa,kek dee,kek lynn, abg wan otai, syafiq , GG dan Fazwan. Team RGS memilih utk menaiki BAS persiaran supaya perjalan ke Dungun, Terengganu akan lebih relex, peserta dapat tidur dalam bas sebelum dan selepas trip.
saya akan mulakan tentatif CBL yg dirancang dan terlaksana oleh team RGS
Hari Pertama 1
9.20 am kami mula bertolak dari Kilang unisem(M) berhad IPOH dan tiba di AMBS masjid pd jam 5.30 pagi. Bas singgah untuk Pick up group KL seramai 6 org di LRT gombak. Sebelum meneruskan perjlnan jauh kami singgah di salah sebuah restoran Nasi lemak marvelous berdekatan dgn LRT gombak pd jam 12.00am. Nasi lemak berlauk yg banyak pilihan dan sedap menjadi santapan tengah malam para peserta CBL.
Restoran nasi lemak marvelous di Gombak, makan dulu ye perut dah berkeroncong. |
Hari ke 2. 8 sept 2018
Kami tiba di bandar AMBS pd 5.30 am dan terus ke masjid besar AMBS. Baru ku tahu Bandar AMBS merupakan bandar Baru yg di beri nama sempena menghormati Almarhum 16th Sultan Mahmud Al-Muktafi Bilah shah.
Selesai bsrsarapan nasi minyak berlauk ayam dan Roti canai.. "Mak aiii mahai betoi" keluh salah seorg peserta. .. maka kami meneruskan perjalanan ke hutan Lipur chemerung yg merupakan starting point CBL.
sebelum memulakan pendakian ,sedikit sesi taklimat diberi oleh malim gng CBL saudara zul dan Eddie. Manakala senaman ringkas di ketuai crew Hasli Jebat dan doa oleh crew badrul. Kami memulakan pendakian pd jam 10pagi.
Map yg terdapat d permulaan jalur CBL |
Pd permulaan pendakian akan merntasi beberapa sungai utk terus ke AIR terjun Chemerung. Agak ramai ketika di Chemerung kerana ada 2 group lain juga ke lokasi yg sama. Kami meneruskan perjalanan ke Kem B dan akhirnya Tiba di Kem B pd 1 thari untuk makan tengah hari. Perjalan ke kem B boleh dikatakan agak mencabar kerana anda akan berdepan situasi LUTUT bertemu DAGU di bukit Taubat. Tapi jgn risau hanya lebih kurang 10-15 minit shj keadaan pacak di bukit taubat. seterusnya akan tiba di kem B.
BAs singgah utk bersarapan pagi sebelum ke hutan chemerung |
Hutan Lipur Chemerung merupakan tempat permulaan Pendakian |
abg Wan otai d air terjun chemerung |
Air Terjun Chemerung
|
Semasa on trek bersama Malim gng ahmad zulkafli , beliau banyak berkongsi ilmu2 tentang daun2 herba khasiat, diantara daun yg kami jumpa kacip fatimah dan pelbagai lagi. nampaknya saudara zulkifli memang seorg peramah dan tak kedekut ilmu, amat beruntung pd sesiapa dpt berkenalan dgn beliau. kami meneruskan perjalanan ke Kem Y utk bermalam di sana. akhirnya tiba di kem Y pd 4.00pm.
Daun Kacip Fatimah yg terdapat sebelum Kem Y |
Apa yg menarik di Kem Y? kem Y hanya dikelilingi pokok dan besebelahan dgn sungai, tiada view utk menghadap. tapi... Anda mungkin tertarik dgn ikan yg terdapat di sungai tersebut. Ikan kepala keras ( dpt nma dari guide Zul) memang jinak sekali. Mlm tersebut kami semua layan dan beri makan Ikan. bayangkan periuk nasi yg dipenuhi kerak nasi habis dimakan ikan tak sampai 10 minit. menarik kan..
Lagi menarik.. menu makan malam, Nasi minyak, ayam masak merah, Jelatah, sambal belacan dan jeruk petai menjadi hidangan istimewa mlm pertama kami.
Makan malam disediakan oleh macik2 kantin y bertaraf checf. Dina Depp Wahizah Wahab Lynn Lin jannah dan Sue.Thanks kerana membawang bsrsama crew RGS wana dan jebat.. Terima kasih
Ikan Jinak yg terdapat di KEM Y, nak massage ikan pun boleh |
Membawang utk first dinner |
Nasi Minyak, ayam merah sambal belacan petai |
Bergambar dulu di kem Y sebelum terus ke gng Berembun |
Hari Ketiga
Masuk Hari ketiga ekspedisi kami dan hari kedua dlm hutan, perjalanan seterusnya ke puncak Gunung Berembum dan ke Kem Langsir. Hari ke 2 ekspedisi lebih santai dan banyak masa utk mandi manda, terjun tiruk dan menikmati pemandangan indah Jeram Lesung dan air terjun langsir. Perjalan ke puncak berembut cuma mengambil masa 2 jam sahaja dan seterusnya ke Kem Langsir dalam 45 minit dari puncak berembun.
Breakfast ala kadar Mee goreng, white coffea , tea O. kami seawal jam 6 pagi sudah bersiap2 memasak untuk menyediakan juadah sarapan pagi. Pd Jam 9 pagi Team RGS mula berkemas dan meneruskan perjalanan utk ke lokasi meraga berlubang ,anak berembun, Taman bonzai dan puncak Berembun. Pd 30 minit pertama perjalan ke puncak berembun, pasti anda akan berhenti dan terpegun melihat pokok Jati tertua dunia di beri nama Meraga Berlobang. Batang pokok yg ditengah2nya kosong, manakala tepi batang berlobang2 menjadikan para peserta tidak melepaskan peluang bergambar dalam pokok tersebut.. ermmm bukan senang nak bergambar di dalam pokok.
Lobang sampai ke pucuk |
Meraga berlobang |
Megat beraksi dalam pokok |
Simpang ke Meraga berlobang |
Tengah menunggu turn ni nak bergambar dalam pokok |
Seterusnya selesai bergambar di meraaga berlubang. Pd jam 11.30 pagi kami tiba di bukit celcom. Apa yg ada di bukit celcom? dan kenapa pula dberi nama bukit celcom? Ada maklumat mengatakan di sini shj signal Celcom terdapat tapi sebernarnya adalah sebaliknya. "Angkat punya tinggi Handphone masih tak dapat signal apa cerita" keluh seorg peserta.. maka tertipulah anda.. Oleh sebab semua kena ranjau maka tempat ni diberi nama bukit celcom. Di bukit celcom keadaan landai dan rata boleh dijadikan cek point utk berehat para pendaki sebelum meneruskan perjalanan tawan gng Berembun.
G berembun mempunyai ketinggian 1036Mdpl dan merupakan yg gng ke 150++ tertinggi di Malaysia. Dari bukit celcom ke puncak berembun kebiasaan masa diambil adalah 1-2 Jam. Sebelum tibanya di puncak berembun, anda pasti tertawan dgn satu lagi kawasan menarik iaitu Taman Bonzai. Taman bonzai akan dilalui pendaki setelah 15 minit melepasi anak berembun. Lagi aksi para peserta2 di sini, Masing2 tak lepaskan peluang utk bergambar di sini... ermmm bila lah nak sampai ni. Perjalanan sebenar bukit celcom ke puncak g berembun mengambil masa 1 jam sahaja.
SIva beraksi di Bonzai |
Bukit Celcom |
Puncak Berembun- ni team last RGS sampai ..He3 |
Jalur ke puncak berembun |
Puncak yg tak ada view |
Perjalanan dari puncak berembun ke Kem Langsir mengambil masa 45 min shaj. Group pertama telah pun tiba di Kem langsir pd jam 12 thari utk pasang flysheet. Sementara peserta lain masih berada di puncak berembun. Semasa kami turun ke kem Langsir, kami berselisih dgn group lain yg mengikut jalur reverse CLB. Jalur CLB agak lebih mencabar kerana trek lebih mencanak melalui bukit lutut. Sepanjang jalur juga terdapat tali2 yg dipasang bagi membantu para pendaki di kawasan2 yg agak pacak. Sebelum sampai ke kem langsir, pendaki akan melalui Jeram Lesung, para peserta pasti akan singgah di Jeram lesung sebab sangat teruja dengan kecantikan dan kejernihan airnya. Jeram lesung juga berdekatan dengan Kem langsir. Lebih kurang 8 minit berjalan kaki ke kem langsir. Jerem Lesung merupakan tempat tercantik yg belum pernah dilihat kebanyakkan peserta.
Selepas selesai menjamah juadah thari yg merupakan tomyam sayur, nasi putih dan bihun. Kami pergi semula ke Jerem Lesung utk mandi dan terjun tiruk.. macam2 xtvt boleh dibuat disni antaranya batu menggelonsor dan Lubang telaga air. Hari ke 2 dalam hutan kebanyakkan aktiviti lebih kepada air dan layan view di kem langsir.
Di antara gambar menarik Di jeram Lesung,Kem Langsir dan View di air terjun Langsir
Kejernihan air |
tak sempat nak letak beg terus shoot gambar di Jeram Lesung |
KEM Langsir.. siap dah banglo Mewah utk para peserta |
Paknol beraksi dalam air jeram lesung |
terdapat 2 telaga di sini, anda boleh mencuba memasuki dlm telaga tersebut |
Diantara crew RGS |
3 dara Pingitan di Lopak Cermin |
Air terjun Langsir |
RGS t shirt version |
Hari Keempat
Hari ketiga di Kem Langsir merupakan hari terakhir di hutan CBL. Kami memulakan persiapan utk ke sg balu bagan dan perjalanan pulang ke starting point hutan chemerung. Seawal jam 4 pagi kami mula dikejutkan oleh Jebat. Bising2 hang Jebat akhirnya para peserta bangun dan mula bersiap untuk layan sunrise. View terbaik , semua peserta memulakan langkah utk ambil shoot terbaik view sunrise.
Layan view sunrize
|
Lokasi seterusnya sungai balu bagan. perjalanan ke sungai Balu mengambil masa dlm 2 jam dari Kem langsir. Lagi keindahan dan kejernihan air terdpat di sungai ini. Sungai ini berbeza sedikit kerana ia lebih dalam. Lingkungan 3-4 M kedalaman air. Bagi pendaki yg gemar dgn aktiviti air, inilah tempat yg paling sesuai untuk pendaki menunjukkan aksi terjun tiruk, summersalt berpusing dan pelbagai lagi. Epoi, vincent, Adam dan firdaus di antara peserta yg hebat beraksi. Peserta RGS yg lain hanya mampu tengok shj dek air yg dalam. Semua peserta berhenti disini dan mengisi air utk diminum.
Halimun di sungai Bagan Balu |
Air yg Jernih nampak pasir jgn disangka Cetek |
Perjalanan seterusnya ke Seraya Besar. Seraya besar merupakan simpang di antara Kem Y dan ke Kem Langsir. Bagi trip reverse pendaki akan melalui Seraya Besar dan seterusnya Kem Langsir. Manakala pendaki yg ikut laluan biasa CBL akan terus ke Kem Y dan tidak akan melaui Seraya Besar.
Sebelum sampai di Seraya Besar pendaki akan melalui Bukit Pasir. Agak2 apa ada di Bukit Pasir ni? sudah tentu kawasan tanahnya adalah pasir. Bukit Pasir juga berkeadaan landai dan rata sesuai utk pendaki berehat setelah menempuh laluan mencanak selepas Sungai Bagan Balu. Keadaan Bukit Pasir yg kurang menarik menyebabkan tiada satu photo pun ukt dikongsi disini. Mungkin faktor utama peserta2 dah penat dan puas bergambar. Maka berat lah tangan utk mencapai HP masing2.
Group shooter smapai dulu di Seraya Besar |
Persimpangan Ke Seraya besar dan Kem Y dari Kem B |
3 hari 2 malam maka lengkaplah misi kami menjelajah bumi Allah yg maha Kaya dgn keindahan Alam semula jadi. Walaupun pd hari pertama hujan lebat dan hari kedua hujan diwaktu malam, sejuk menyelubungi tubuh, hari ketiga Hujan di sebelah petang. Trip CBL kali ini berjalan lancar seperti dirancang dgn izin Allah.
Para peserta RGS mula menyiapkan diri utk pulang menaiki Bas. Bas bertolak ke bandar AMBS dan singgah di Pasar Malam AMBS berdekatan Masjid AMBS. Para peserta x melepaskan peluang
Masing2 baru boleh online setelah 3 hari tidak bersosial. Perjalanan pulang ke Ipoh |
hari ke 5
Tiba di LRT gombak pd jam 2 pagi
Tiba d unisem 4 am.
Terima kasih dan tahniah pd semua peserta kerana menyertai trip xpdc CBL dikelola oleh RGS adventure team.
Sesunggugnya dgn trip gng kita akan lebih ramai kawan. Pupuk semangat teamwork. Dan erat sillaturrahim. Susah senang bangun bersama.. InsyaAllah RGS team akan terus anjurkan trip gng d masa akan datang.
Wassalam
Terima kasih crew2 RGS yg menjalankan tugas masing2. Sazwana Shairali Megat Khairul Ahmad Fahmi Zainul Are-Reef Mior Zakie dan hazli jebat durhaka. Tanpa korang semua misi kita takkan tercapai. Organize Trip oleh badrul intifadha.
3 Ulasan:
Air jernihnya sanggat mengujakan.
Terbaikkk. Tentu flora dan faunanya amat mengujakan.Kedinginan air memberi kenikmatan.ohh indahnya alam ciptaan Allah..Subhanallah.
Goodjob, RGS team... kerjasama yang baik!
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama