Pine Tree Twin Peak 30 sep 2017
Day Pack trip ke Pine tree 1448M, twin Peak 1505M.
Assalamualaikum, salam sejahtera pada warga RGS.
DAy pack trip ke Pine tree dan Twin peak yang terletak di bukit frezer,Pahang merupakan join venture pertama group RGS dengan group jebon Puncak adventure dari KL.
Jemputan dari crew Jebon Azizi abdul kadir untuk reunion dalam hutan menarik minat saya utk menyertai trip ini. Azizi merupakan rakan sekolah lama saya di Sg dua, seberang perai pd tahun 1993.
11.30 am Tiba di puncak pine tree. Trip amat santai jalan2 sepak daun sambil sembang2 bisness dan agan2 mat jenin.
Assalamualaikum, salam sejahtera pada warga RGS.
DAy pack trip ke Pine tree dan Twin peak yang terletak di bukit frezer,Pahang merupakan join venture pertama group RGS dengan group jebon Puncak adventure dari KL.
Jemputan dari crew Jebon Azizi abdul kadir untuk reunion dalam hutan menarik minat saya utk menyertai trip ini. Azizi merupakan rakan sekolah lama saya di Sg dua, seberang perai pd tahun 1993.
Intro Foto
puncak pine tree bersama azizie
Trip sponcer by Al-hijrah puncak twin peak
Pintu gerbang Pine tree bersama 35 org peserta
Berkumpul di Masjid bukit frezer
29Sept 2017
Pd 29 sept 2017 group RGS mula berkumpul di restoran Karisma(bistro midin) terletak di Simpang Pulai,Ipoh pd 10 mlm seramai 7 orang. Peserta disertai oleh Badrul, Akmal,Zaki,Lee,wana,Melly dan Ayu. Setelah mengalas perut, ngeteh bersama mass bro(pae) yg baru pulang dari JB, kami mula bergerak ke Bukit Frezer pd jam 11.30PM. Jalan berliku2 dan pemandangan yg terhad terutama pd awal pagi amat menguji tahap kecekapan pemanduan. Kami selamat tiba di Masjid bukit frezer pd jam 2.30AM dan bermalam disini.
30sept 2017
Seawal 5.50 pagi kami dikejutkan dengan laungan Azan Subuh. Bersama2 jemaah penduduk setempat dan group2 lain pendaki pine tree, kami mula berjemaah subuh sebelum meneruskan aktiviti trekking ke Pine tree Twin Peak. Suhu sekitar 17 deg membuatkan kami mandi ala2 P ramlee pd pagi tersebut. Saya mula menghubungi group dari KL yg rata2 tidak mengenali diantara satu sma lain, setelah gagal utk menghubugi rakan lama saya azizi. Akhirnya berjumpa dgn Azizi dan group KL seramai 35 org keseluruahan yg sedang bersiap siaga menyediakan ration dan brg keperluan lain sebelum memulakan pendakian.
Kereta park di bahu jalan sebelum gerbang Pine tree.
Pintu gerbang Pine Tree
Brefing ringkas dari ketua expedisi, pd jam 7.30 pagi sebelum memulakan pd jam 8.00am. Permulaan pendakian dijamah dgn trail tangga pd ketinggian 1220M. Trek utk kepuncak kebanyakkkan mendatar dan sedikit mendaki, ia amat sesuai utk para pendaki baru. Pd Jam 10.30 am kami tiba di Gua Akar.
Trek tangga pd permulaan |
Gua Akar |
RGS di puncak pine tree
perjlanan ke puncak Pine tree 3-4 jam
Trek pacak hampir 90deg dan terpaksa menggunakan tali sebelum sampai ke puncak pine tree
Berehat seketika di puncak Pine tree sambil menjamah lunch pack sambal tempoyak dan gulai nenas ikan masin memang amat menyelerakan. Terbaiklah admin group menyediakan lunch pack yg lazat walaupun tak cukup...he3.
Lunch Pack.
Setelah berselfi selfu. kami meneruskan perjalanan ke Twin Peak yg hanya mengambil masa 30 min dari pine tree. Keadaan puncak agak sempit utk menampung peserta seramai 80 org, (45 org dari group sebelah) menyebabkan puncak padat dan peserta bergilir2 bergambar utk shoot terbaik.
Twin Peak
Twin Peak 1505M.
Hampir 1.30pm kami mula utk turun semula ke pine tree dan seterusnya selamat tiba di gerbang Pine Tree pd jam 5,00pm.
Layan dulu shot on trek
Batu Sempadan Pahang-Selangor
Shoot Sebelum balik di pekan frezer hill
Tiba di masjid frezer hill dalam jam 6.00pm. Sempat menjamah selera sop tulang dan goreng pisang di food court freser hill sebelum pulang kerumah masing2.
Kredit utk group JebonPuncak, harap kita boleh bersua lagi utk next trip. insyaAllah.
-wassalam-
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama