Isnin, 10 Disember 2018

Gunung Hijau_Bukit Larut 20 nov 2018



Puncak Gunung Hijau.



Gunung Hijau 1449mdpl dan Bukit Larut 1250mdpl adalah lokasi yg perlu anda kunjungi oleh para pendaki jika anda berkunjung di daerah Taiping Perak. Bukit Larut merupakkan Stesen Bukit yg  Tertua di Malaysia yg diterokai pd tahun 1884. Bukit juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan kawasan paling lembap di Malaysia dan menerima hujan tertinggi sekitar 4000mm setahun.



Station Bukit Larut




Manakala Gunung hujau yg bersebelah dgn Bukit Larut. Perjalanan ke simpang Gunung hijau sekitar 40min dgn berjalan kaki dari station bukit Larut. Untuk ke puncak sekitar 45min hingga 1 Jam berjalan kaki dgn jarak sejauh 2KM shj.


Simpang Gunung Hijau sebelum pencawang TM


Team RGS kali ini seramai 19 org kesemuanya. dan peserta dari KL, sabak bernam dan selebihnya dari Ipoh.  kami Menghadkan peserta sehingga 20 org sahaja utk trip ini bagi memudahkan urusan perjalanan kerana kenderaan 4WD untuk ke station bukit larut amat terhad. Hanya 3 buah 4W sahaj beroperasi pd ketika itu disebabkan 2 buah 4WD rosak. Muatan 4W hanya 6-8 org sebuah.
Msa Operasi setiap 2 jam.
8.30am/10.30/12.30pm. tiket untuk menaiki 4W ni berharga Rm10 utk dewasa dan rm6 utk kanak2. tiket adalah utk naik dan turun. Anda hanya diberi tempoh masa 2 jam sahaja utk kembali menaiki 4w yg sama dgn bayaran yg sama. Jika anda untuk ke gng hijau sudah tentu akan melebihi tempoh masa 2jam dan perlu sekali lagi membayar RM10 jika anda memilih utk menuruni bukit dgn 4W juga.

Pilihan diberi pd peserta kali ini selepas taklimat oleh Megat samaada turun menaiki Jeep atau berjalan Kaki. Sudah pasti ramai memilih utk menaiki Jeep disebabkan perjalanan dari bukit larut ke parking adalah sejauh 10KM dan 3 jam utk sampai jika berjalan kaki.


Syurga Pacat Gng Hijau




Seperti sedia maklum trek gunung hijau merupakan syurga pacat. Tidak dinafikan sepanjang trek pendaki akan mengharugi sarang2 pacat sehinggalah ke puncak g hijau. Jadi bersiap sedialah menghadapi peperangan dengan pacat.

View dipuncak? Disekelilingi pokok2 dan semak. Kami tiba sekitar jam 11.00 pagi. Sesi pembersihan kawasan puncak dilakukan oleh Jebat utk memudahkan pengunjung di masa akan datang. Selesai Makan Thari pd 1.00pm , kami mula bersiap menuruni Puncak. Ditemani hujan sepanjang menuruni gunung sehinggalah semua tiba di station 4W.

Kami akhirnya selamat tiba di kawasan parking Bukit Larut pd jam 5.00PM.

Gambar2 sekitar Bukit larut
























wassalam






0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama