Gunung Silipat Thailand - ฆูนุงซีลีปัต ประเทศไทย and I-yerweng Betong Yala
Thailand
Tarikh: 20 April 2019 Venue : Gunung Silipat, Betong Thailand Line Up & Crew : 25 orang Pada 20April2019, RGS bersama 25 orang line up, mendaki Gunung Silipat demi mengejar awan karpet. Bayaran dikenakan sebanyak RM160 (pakej yang dikenakan) untuk ke sana, mesti mempunyai pasport antarabangsa. Prosedur masuk ke negara Thailand seperti biasa. Chop Pasport dan declare Geran kereta -jika membawa kenderaan sendiri.
Sabtu jam 8 pagi kami bertolak ke Sempadan, sampai sempadan dalam jam 1 petang. Berhenti di sempadan untuk selesaikan kemasukan kami ke negara Thailand. Chop Pasport dan Declare Geran kereta (kami pergi 5 biji kereta sendiri, so owner kereta kena bawak geran dan declare). Kemudian terus menuju ke kawasan Betong dan singgah di Masjid Negeri Betong. Jamak Zuhur dan Asar sekalian. Kemudian pergi lunch kat pekan Betong. Pekan Betong tu tak le besar mana. Ramai je jumpa orang Malaysia duk pegi travel and ride ke sana. Gunung Silipay terletak di selatan Thailand berdekatan dengan Betong yang berada di sempadan sahaja dengan negara Malaysia. Ketinggian cuma 600 meter dari paras laut. Keghairahan untuk pendaki mendaki gunung Silipat hanyalah kerana pemandangan awan karpet yang selalu di hebahkan. Lepas makan team pun teruskan perjalanan ke kawasan Gunung Silipat. Jam 4 kami pun sampai di warung tepi sungai. Nama tempat tu apa tah, I pun tak ingat. Lepas tu Gogo kami Bangbad pun kawtim dengan orang sana utk 4wheel. Ok, jam 5 kitorang naik 4wheel sampai ke kaki Gunung. Lepas tu, kena jalan kaki sikit la, kalau tak hike tak le namanya adventure kan. Adventure sangat la daki bukit dalam kebun getah. Makcik Siam kat Silipat tu, lek je noreh tanpa rasa bersalah. Kita pulak rasa bersalah sebab lalu kebun dia.
Pancit juga la walaupun macam tak le jauh sangat. Huiii... pewai baq ang, entah berapa kali benrhenti teguk air. dah le panas and kering. Sabaq2! Lepas setengah jam, on off jalan, baru sampai campsite. Bapak oiii, ramai orang. Campsite dia macam resort, siap ada warung boleh ngopi2 baiii... speechless! Menyesal pulak rasanya hangkut air berbotol2 dalam beg! Guide kitorang si Habib arrange khemah satu khemah boleh masuk 2-3 orang... Khemah selesa namatik... siap ada karpet baq ang! kau tak payah la nak beratkan beg kau, bawak carrymat bagai... ko bawak bantal je! Lepas tu, yang lain nak naik peak petang tu gak, padahal hujan. walaupun tidaklah lebat sangat. Tapi kalau naik peak pagi-pagi, baru lah indah dengan awan kapet kepuk2. Malam tu dinner nasi dgn ayam Kra Pou Kai, tengah malam, supper siap ada BBQ maveles siak dia punya food! siap ada teh O panas... haisshhh.... dia punya servis memang terbaik!
Kengkonon nak mencari bintang la malam tu.... sekali hujan, daa! so kitorang Iced Breaking je dalam khemah... borak2 sembang2 luah meluah dan sesi berkenalan sesama sendiri. sebab kadang2 walaupun selalu mendaki bersama, tapi jarang sangat berbual mesra, inilah masanya yang sesuai nak beramah mesrakan! Ahad subuh tu lepas sahaja semua line up bersolat subuh, masing2 siap sedia mendaki puncak. 10 minit mendaki, sampai ke puncak... Punya la ramai orang. Di puncak, mereka sediakan breakfast Roti Bakar dengan kopi -hot coklat panas... atas puncak juga ada prop juga untuk kalian bergambar... View pagi tu nan hado awan karpet... kabus tebal di mana-mana... Takde rezeki... Mungkin bukan rezeki awan karpet nan indah, tapi tetap best duk atas puncak tu sejuk jek... lebih kurang jam 8pagi, masing-masing turun semula ke campsite. Siap-siap nak balik. Jam 9,30 semua angkat beg, berjalan turun.... hoi hoi ya hoi beramai2 menuju ke fowil semula.... sekian sahaja ekspidisi Gunung Silipat... Ngeeee
Coretan: DinaDepp RGS adventure club
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama