Selasa, 1 Mac 2016

XPDC Gunung Yong Yap 7110kaki/2168meter dari paras lautSediki

Tentatif XPDC Gunung Yong Yap 18,19,20 & 21hb Februari 2016

18 Februari 2016 (Khamis)

9.00pm - Berkumpul di Restoran Karisma, Simpang Pulai. Sekian lama tak bersama,kali ni orang2 kuat RGS kembali bersama dlm trip mr.presiden Badrul, Pae sbgai penasihat, S/U bang Megat, Bendahari Paknol, handyman Fahmi dan Mior@Ahcong. Juga line up bersama porter RGS pejey, penyanyi solo Fazwan jugak baru join Noh Akmal, Shahril dan Azhar. Lady power RGS Cik Dina, Wana dan disertai oleh geng2 APPU iaitu Arni,Lisa,Nisa,Nila,Warsih,Fitria,Renita dan Melly. Selepas masing2 melantak nasik,lauk sup daging power, gerak dalam jam 
Geng APPU yg sibuk selfie 


Sedikit perbincangan sebelum bgerak ke Kg Raja











Porter km en pejay sorang vegeterian xmakan sup daging
11.00pm dari Simpang Pulai, menuju ke Kg.Raja

1230am - Tumpang rehat dan tido kat Mesjid lama Kg. Raja, ditemani suara2 tersumbat hidung, tahap dengkuran yg maha dasat berselang seli.
Ada jgj ahli RGS yg tido di wakaf luar mesjid,diselubungi sleeping beg bersama mimpi indah. Yg lena dalam kereta pun jgk. Lantak korang lah,jgn lena .. zzzzZzzz

19hb Februari 2016 (Jumaat)

6.00am - Bangun dan bersiap menunaikan solat Subuh berjemaah, untung dapat buat sujud sejadah pagi ni.

7.00am - packing beg dan bahagi2 kan ration kpd 21orang ahli RGS.


Cepat le susun paknol kata mr presiden pd bendahari




'Ehh kotak ni sapa nk bwak?' tnya mas bro
cukup lg ke beg aku nii - mas bro
7.30am - singgah ke kedai makan sarapan dan beli tapau lauk makan tengahari. Jumpa arjuna@ guna pulak kat sini.



9.00am - Tiba di Balaipolis Lojing, report polis.

9.30am - Bergerak ke starting point Kg. Sungai Rengil, Post Brooke

10.00am - Dengar sikit briefing dari Mr.Fauzi@ Tawau, buat sikit warm up, bacaan doa, bergerak menuju destinasi. Guide depan Tawau, Sweepee Incik Panjang dan pembantu Am Kecik. Perjalanan bermula diiringi hujan rahmat di pagi Jumaat yg barokah, 6 orang ahli diraja RGS, tambah 1orang porter Mr.Pejey, 1 orang vokalis Fazwan, 2 orang gadis power Dina dan Wana, beserta 8 orang orang2 kuat Appu, Nisa,Lisa,Nila,Arni,Warsih,Fitria,Renita dan Melly. menuju ke Gunung Yong Yap.


Starting point kami... Depan sikit lepas jambatan gantung kg org asli Sg Rengil


1.30pm - Tiba di Simpang Tok Nenek/YongYap. Makan tengah hari disini, ditepian sungai yg sungguh mengasyikkan. Tunaikan solat zuhur dan jamak.


Simpang Tok Nenek/Yong Yap
Melepaskan lelah sambil bgurau

2.00pm - Mr.Panjang bagi isyarat utk gerak, perjalanan merentas sungai dan yg paling dalam terpaksa meredah air dlm paras pinggang namun semua pun hepi go lucky,walaupun hujan turun basah lenjun semua, trek pun agak licin dan basah.
Antara model manggis yg bgambo di ank sungai
Sungai dan ank sungai sanggup ku redahi hnya utk mu yong yap
Hujan + mrentas sungai = lenjun
Hujan panas sungai selut kita redah jeeee












530pm - Grop awal smpai ke tapak kem agas, kemsait malam pertama disini. Kemsait yg luas, namun sebab hujan,lokasi nk pasang fly dan bentang ground perlu cari tempat yg agak kering.
Gadis2 yg setia mjaga ampian dari diserang agas
Disini la banglo km terbina - Kem Agas
6.00pm - Unpacking ration,gotong royong pasang fly, ground, ampaian utk spender2 dan baju2 bau masam tak ingat, memasak oleh seluruh ahli RGS tak kira anggota kuat,yg lama atau yg baru. Alhamdulillah,semua pun ada tanggungjawap dan faham tugas,cuma perlu diberi sikit arahan,masing2 bijak buat kerja, ni lah namanya rakan2 susah senang sama2.

900pm - Selepas masing2 dah tukar pakaian kering, masakan pun sudah siap. Maka masa utk makan malam, dgn lauk yg agak lumayan enak iaitu ayam masak merah,telur dadar dan minuman hangat kopi kaw dari manong. Dibawah satu fly,berhimpit dan bersama menyantap makanan,semua pun seronok dan gembira. Cuma tak sempat nk sesi ice breaking malam ni,memikirkan ape punya bala nk hadap esok, jadi semua masok tido awal lebih kurang jam 10pm. Sedikit masalah buat ahli perempuan seramai 10orang, disebabkan hujan dan masing2 tiada carrymat, jd solusi terpaksa lapik beralaskan plastik sampah hitam bg mengurangkan kelembapan tanah, dan 2orang terpaksa tidur dibwh fly lain sebab tak brp muat. Ahhh..pendek citer setel semua campur penat,mata dah mngantok, semua pun berselubung dalam sleeping beg. ZzzzzzzZz
Ruang makan banglo kami ketika hujan renyai2
300am - Disebabkan serangan askar2 agas,tido lena terbantut. Lepas hembus asap 2,3batang. Buang hajat kecil, buat kawad ronda 1pusingan, noh akmal dan pae rangers kembali ke banglo hammock 2tingkat utk beradu.

20hb Februari 2016 (Sabtu)

7.30am - Ada yg telah bangun,dan ada yg masih lena diulit intan. Yg awal bgun jerang air panas dan masak makan pagi, menu nasi goreng dan bungkus nasi lauk tengahri jgk nasi goreng. Hasil perbincangan dgn Tawau dan Panjang,maka diputuskan utk buat daypack ke puncak hari ni,free body dan bermalam kat kem agas jgk. Jadi setelah kesepakatan,maka kami sebulat suara akur. Bnyk faktor yg mempengaruhi,atas dasar keselematan ahli,maka keputusan diambil.
Breakfast dulu sebelum ke puncak cak cak cak
antara tetamu yg setia mnanti breakfast siap
Amaran ini lakonan semata-mata... wkakakaka
10.30am - Bergerak menuju ke Puncak YongYap secara freebody, cuma porter kena bawa sedikit bekalan makanan,minum dan ubat2.
'Hampeh megat dgn fami pass beg dkt aku' - Bad
Group Team ferrari ketika ke puncak
Antara laluan ke puncak.. pacakkkkk
12.00pm - Tiba di Sungai Y kecik, take 5. Isi air minum kat sini.

2.00pm - Sampai kat Kem Balak Pecah, take 5 jgk kat sini dan re-group dgn geng blakang tawau. Perjalanan lps ni agak mencabar, sebab pacak menegak tp ade jgk bonus landai tak bnyk. Dalam stgh jam jumpa simpang gunung Bubu, tp tak lama sbb agak sejuk,badan pun dh lembab. Trek agak lunyai, mossy forest. Tambah pulak sikit mental,dok tertanya2 bila mau sampai da ..licin dah akar yg bole membantu utk berpaut. Haha.
Salah satu mossy forest sebelum sampai puncak
3.30pm - Alhamdulillah, selamat tiba kat puncak Yong Yap berketinggian 7110kaki/2168 meter dari paras laut. Syabas kat semua esp yg pertama smpai nisa,lisa,arni,warsih dan nila lead oleh pae. Dan lps 15menit,semua pun selamat ke puncak Yong Yap. Keadaan berkabus tetapi tetap mengujakan ahli2 utk foto kenangan. Masak air kopi Manong sponser oleh pejey. Menyantap makan lauk tghari, nasi goreng dan sempat juga pejay dan ijoi mperkenalkan produk masing2. Syabas semua ahli RGS, gembira dan senyum semuanya selepas berpenat lelah mendaki.
Inilah kami.. Dipuncak atau dibawah tiada beza.. Kita adalah insan yg mnumpang
4.30 pm - Kami tinggalkan jejak dipuncak Yong yap dgn memori indah. Dan guide tawau kembali didepan utk lead grup,bergerak awal supaya tak overtime terlalu lama dalam kegelapan malam

5.30pm - sampai di kem balak pecah, tgu agak lama utk regrouping semula. Persediaan awal,headlamp dikepala sbb jam 6pm dalam hutan ni dh macam gelap sikit. Mula bergerak turun.

7.30 pm - sampai di sungai Y kecil, take 5 utk menghormati waktu maghrib.
Baca panjang2 pun boring gak meh layan iklan colgate sebentar
9.00pm - akhirnya, smpai jgk kat tapak kem agas. Masing2 mula bersihkan diri,ada yg mandi , solat semua. Dan masak2 beramai2. Menu mlm ni pun tak kurang hebat,dgn lauk pauk yg enak. Lps makan, ada yg bersembang ramai2 dan ade jgk yg nk beradu. Rezki malam tu, arni dan melly tido kat fly lain krn yg lain sudah book tempat masing2. Memang lena sunggguh malam ni, pasang obat nyamok memandangkan smlm punye bnyk agas, tapi pelik pulak mlm ni xde agas serang. Walaupun tak hujan sepanjang hari, dingin malam ni nauzubillah sejuk ya ampun. Zzzzzzzzzzzz
Dinner terakhir kami di kem agas.... sob sob sob
21hb Februari 2016 (Ahad)

6.30am - sebab tido yg amat lena smlm, ada yg berjaya bangun awal dari mimpi yg indah. pae,nila,pejey dan paknol. Siapkan air utk minum pagi, dan sarapan pagi ni roti cicah sardin dan goreng nasi utk lauk tapau tghari. Lepas selesai mkn, masing2 packing barang2 dan turunkan fly,ground. Dgn itu, tamatlah persinggahan kami di kem agas ni dgn beribu memori indah bersama.
Antara cef2 wwaktu pagi.. maaf cef shift malam aku tiada gambar
10.30 am - Lepas puas berfoto buat kali terakhir beramai2, jejak kami tinggalkan. Semangat setiakawan RGS sangat akrab,tiada yg tertinggal,semuanya diharungi bersama. Sepanjang perjalanan pulang,dihiburkan oleh band otai 3jejaka, diselang seli band boy baru dari arus perdana dibahagian belakang, jgk diselang seli hilai tawa anak2 gadis RGS yg nmpak bergembira kerana misi jejak ke puncak YongYap berjaya disudahkan. Cuma ada sikit kecederaan kat Nisa dan Wana,kaki krem tp itu tak mematahkan semangat utk berjalan.






1.30pm - sampai kat simpang toknenek/yongyap. Singgah makan tghari lauk tapau nasi goreng.

2.00pm - mula bergerak turun dalam keadaan cuaca yg cerah smbil menyanyikan lagu2 hits retro

4.30pm - grup awal selamat smpai kat kg.orang asli Sungai Rengil. Dan dalam jam 5.00pm semuanya telah berjaya turun dan segera bersiap utk mandi manda di sungai rengil, disaksikan penduduk2 asli yg nampak tak kisah dgn kehadiran kami. Sblm pulang, RGS sedekahkan beberapa kampit beras, jajan jajajan utk pendudu asli sini. Nampak ceria kat wajah anak2 asli dgn pemberian yg xseberapa ni.
6.00pm - repot kat balai polis lojing,namun balai berkunci. Jadi kami terus menghala ke mesjid lama kg.raja utk solat. Kereta encik Mior@ahcong terpaksa pulang awal sebab ada hal yg tak dpt nk elak,ditemani Fazwan,dina dan wana.

7.00pm - singgah sebentar kat Kea Farm utk beli oleh2 buat keluarga dan teman2.

8.00pm - singgah di gerai makan Pok Nik di Berinchang. Juadah makan mlm selepas 2malam bermalam dihutan. Sup daging,telur dadar dan kailan ikan masin. Perghh. Padu. Oder pun tak lama, dan kami makan pun tak lama mungkin krn masing2 lapar,semua pun licin..haha


9.00pm - semua bergerak utk turun ke simpang pulai,

10.30pm - selamat tiba di hostel appu, slps ucapan penghargaan dari mr.presiden badrul, setiausaha bang megat dan porter RGs pun nk sama berucap mr.pejey, mr.akmal ucapan selamat buat melly, maka xpdc RGS ke yongyap secara rasmi tamat disini. Masing2 pulang dgn memori suka dan duka. Semoga berjumpa kembali diwaktu yg lain. Sebagai admin RGS,ucap selamat dan syabas buat semua ahli yg join trip kali ni. Anda semua memang power. Ampun dan maaf jika tersalah perbuatan dan terlajak kata,salam semuanya.