Selasa, 6 September 2016

Bukit Berekeh, Felda lasah, Sg siput (3sept 2016)

Woooooow.. Itu perkataan pertama terkeluar dari mulut masing2 setelah berjaya sampai ke puncak berekeh pd 6.15 AM. Buat pertama kali rezeki kami dapat menikmati pemandangan permaidani  INDAh ciptaan Ilahi view awan karpet 360 deg. Lokasi dekat saja dari ipoh town dan tak tinggi mana pun cuma 1510 ft (measure from protrex)  ketinggian dari aras laut. Budget tak besar, masa singkat cuma 60 ke 90 minit shj dan anda akan menikmati pemandangan indah Lautan awan di sekelilingi anda. Bukit berekeh ni baru saja diteroka dan di viralkan oleh uzeir sohigh, pemukaan seperti ala bukit korga kerana tiada pokok2 besar di sekeliling puncak dan trek. Pd pendaki Newbie dan baru cuba2 nak berjinak2 dlm hobi ni eloklah mencuba bukit ini.

2 minggu rancang utk ke berekeh setelah dengar2 cerita dari abg Rosli GRK dan gambar2 dari berekeh. lebih teruja nak kesana. Group RGS yg nak pegi kali ni tak ramai pun cuma ada 14 org terdiri dari AKmal(pengatur acara,), Badrul( planning) , Epoi(advisor),Zainul(kasi suprize),Mass bro @Rafae(tak terlintas dlm minda), Wana(kasi semangat), Fahmi(ni lagi seorg suprize), Herda(Kinabalu aku dah tawan inikan berekeh.. he3) dan cewek2 manis warga INA Novita, Anisa,Lisa, Siti dan Isti. special invite kak Liza..

View Awal pagi.. Awan mula berkumpul

Rancangan awal utk bergerak seawal 3 pagi, tapi memandangkan takut ada yg tumbang, tuan akmal mencadangkan utk bergerak dari Ipoh dan tidur di Masjid kampong Bawong. Masjid ni terletak betul2 berdepan SK kampong bawong. 

Ni foto sebahagian sekolah dan belakang tu adalah bukit berekeh. terdapat 4 puncak perlu ditempuhi sebelum sampai ke puncak 5 yg ada tanda beirut.


Sedikit tentatif sebagai rujukan

2 hb sept 2016 
11.00 pm - berkumpul di Restoran Karisma

3 hb Sept 2016
12.30 am - bertolak ke Meru,Mydin pickup herda,Fahmi,K liza
2.30 am - Tiba di kampong bawong
3.00 am - Tidur di masjid kampong bawong
4.30 am - Bangun , bangun woii
5.00 am - mula start hiking 
6.15 am - sampai puncak
              -  Solat Subuh
              - foto gilo, selfie selfu,,
              - Perkena Tea O cicah biskut 
7.45 am - Dah start turun
              - Masih bergambo abang2 adik kakak
8.45 am - tiba  DI parking
9.00  am -  project seterusnya ke Hidden Water fall. 

Anggaran masa
35 min trek balak. 15 minit trek pacak dlm hutan, 35 minit laluan 4 puncak.

Ni trek Balak.. para pendaki dinasihatkan utk turun awal sebelum thari.. idak terbako kulit sebeb ni trek tak ada pokok.

.....view awan karpet permaidani indah.. 




















View puncak bukit berekeh



wassalam,
--Mamat Marikh--