Sabtu, 6 April 2013

Gunung Peninjau 23-24 Mac13


23 Mac 2013

RGS All the best. Itulah kata2 semangat dan gembira setelah menawan puncak gunung Peninjau dgn ketinggian 3500'. Walaupun tak setinggi mana tapi tahap cabaran mendaki dikira parah juga kerana perlu menempuh trek pacak 60-80 deg salama 3 jam. Starting point Gng ni terletak di kawasan perkelahan Ulu chepor dan kami memulakan perjalanan pd jam 10.30pg. Permulaan yg agak lambat dan lari dari rancangan awal iaitu pd jam 8.30pg. Seramai 16 orang menyertai trip kali ini dan separuh dari nya baru menyertai Team ni. Trip meriah, ceria, happening dan puas hati, itu yg digambarkan oleh peserta2 baru. 

Buat kali pertama Team RGS mempunyai T shirt.

persiapan terakhir sebelum mendaki

Trip kali ini, team kami tidak mempunyai guide hanya rakan sekerja warga Filiphina iaitu miss world Marifi yg pernah sekali ke sana cuba membawa kami ke puncak gng. Setelah selesai sesi taklimat ringkas oleh bad intifadha dan senaman ringan oleh pae kamfer diiringi Doa yg dibawa oleh imam muda syafix. Maifi selaku guide memulakan langkah dan Megat seperti biasa sebagai sweeper.

                                                                 Megat selaku sweeper


 Marifi pino selaku penunjuk arah pd permulaan


Ikkam selaku Tukang masak RGS


 Masalah ni. macm mana nak ikat kasut ni? keluhan demo


Pada permulaan kami melalui denai sepanjang sungai sehingga bertemu water fall iaitu last water point. di sini kami mula mengisi air untuk dibawa ke kem site. Trek ke water fall agak biasa dan pacat juga kurang. perjalanan mengambil masa 1 jam utk sampai ke water point. Tiba di water point 11.30am

Shah rambo sempat bergaya (trek sblum water fall)


 Tindihan batu berbentuk gua (trek sblum water fall)

Pae Kamfer di water fall (last water point)

 3 dara di last water point

Setelah melepaskan penat dan menunggu kekawan lain sampai di water fall. sempat juga putera puteri bergambar. perbagai aksi dan gaya dipersembahkan semasa juru foto proesional bad intifahda dan megat mengambil gambar. setelah semua sampai dan mengisi air kedalam botol kami memulakan langkah setelah jam 12.30pm. Trek pacak 70 deg mula membuatkan rakan2 menyumpah2 dan merungut bila nak sampai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam dan kami tiba di di kem site pd jam 2.30pm.



Penunjuk arah

 camp site

Trek pacak 70-80deg ( waterfall ke camp site )

Sesi makan t/hari tappau dari restoran mamak menjadi hidangan tengahari kami setibanya di camp site pd jam 3.00pm. kami memulakan semula pendakian pada jam 3.45 pm. Trek pd permulaan jelas dan agak confius seketika kerana jalan tidak kelihatan. Pemerhati trek Pae memulakan jejak trek untuk memastikan trek yg akan kami lalui. akhirnya kami bertemu juga trek yg sebenarnya kerana terdapat simpang mendaki dan ada tanda merah di pokok. akhirnya kami sampai ke puncak pd jam 5.45pm. Peserta akhir tiba di kem site... emmmm paham2 jelah..ahchong,ikkam dan megatron.

View Puncak peninjau 40 deg




Aksi2 Di puncak..








Jam telah menunjukkan 6.50pm. kami memulakan langkah pulang ke camp site setelah puas bergambar dgn gaya dan aksi2 hampeh... peserta2 RGS. Breifing ringkas oleh pae tentang langkah2 keselamatan ketika trek malam. Pae dibahagian depan selaku guide RGS dan megat tetap sebagai sweeper. Langkah bermula dan headlamp dipasang, tak disangkah ketika meredah malam gelap, tiba2 hujan selebat2nya turun membasahi trek. langkah lebih berhati2 dan ada juga peserta yg jatuh tergelincir. Kami akhirnya tiba di camp site pd jam 9.00 pm. 

Sempat juga bergambar ketika trek malam (basah kuyup lps hujan)


Setelah sampai ke camp site, tanpa melengahkan masa team kami memulakkan aktiviti memasak utk dinner. dah kebulur geng2 RGS ni. dapur cuma ada 2 dan tempoh memasak mengambil masa hampir 3 jam.  mujurlah ada juga xtvt utk geng2 RGS. tak der la merasa jemu sementara menunggu maakan malam. Aktivi2 hampeh dikelolakan oleh Pae kamfer dan megat membuat kami ketawa tak kering gisi mendengar celoteh masing2. Akhirnya makan malam dah disediakkan oleh Ikkam dan Mior dan pembantu Lidia. kami sebenarnya bukan makan malam tp makan TENGAH malam sebab kul 12.00am baru siap.


Masak lemak ikan masin,ayam masak kicap,daging masak kunyit dan white coffea Old town menu dinner


Tak sempat ambil gambar hidangan dah lincin.... ni je sempat ambil

24mac2013

Setelah selesai solat subuh, kami memulakan lagi axtiviti masak utk breakfast pula... emmm naik gunung ni asyik nak makan je pun. Menu pagi char kuew teow, tea O juga disediakkan oleh sukarelawan negara Ahmad ikkam dan mior.

sukarelawan negara en zainul melakukan xtvt pembersihan kem


menu pagi char kuew tiow 


setelah selesai makan dan packing beg. kami bersiap sedia utk turun pd jam 11.30pg. sebenarnye ada dua rakan RGS terpaksa meninggalkan team lebih awal oleh kerna mereka ada hal yg lebih penting utk negara. Faizal dan syafix meninggalkan kem pd jam 8.30pagi. gambar sewaktu mereka pergi tidak dapat dipaparkan disini oleh kerana terlalu sedih... wakah.2. Perjalanam sewaktu turun dari kem site ke water fall cuma mengambil masa 45 minit. kami tiba di water fall pd jam 12.15pm.






Akhirnya kami semu selamat tiba di car park pd jam 1.45pm setelah semua peserta berkubang di lata ULU chepor.

bila plan nak buat trip lagi? sambil makan snikers, tanya eng faizal pd RGS


Itu lah kata2 persoalan oleh peserta2 baru menyertai RGS. kerana xtvti yg sangat enjoy dan mencabar. INsyaAllah kami akan buat lagi xpdc yg k-9 dalam masa terdekat. Baca lagi »