KORGA- gunung korbu+ gayung 12-14 nov2016
Hari Pertama:
Mesjid Batu 8 Ulu Kinta - Empangan SAS - Kem Seroja - Kem Kijang
Hari Kedua:
Kem Kijang - LWP - Puncak Botak - Puncak Chuban - Puncak Korbu Raya - Puncak Korbu
Hari Ketiga:
Puncak Korbu - Puncak Gayong - Puncak Korbu - Kem Seroja - Empangan SAS
Hari Keempat
Empangan SAS - Masjid Bt.8 Ulu Kinta
************************************
Assalam dan Salam sejahtera.
Utk XPdc petualangan RGS Adventure Team kali ni kami ke Korbu dan Gayong tanggal 19,20&21 Nov2016 (Sabtu,Ahad,Isnin).
Dikelolakan oleh orng2 kuat RGS iaitu Badrul,Pae,Megat,Fahmi,Akmal dan Wana,Arni.
Disertai oleh geng2 SunEdison SR,Fahmi,E,Che Man.
Juga Lee Offshore,Saiful Labuan, K.A Penang,Salman Faris Langkawi,Asyraf JB,Zaki Simpng Pulai,Hanna & Sue.
Serta grup KL iaitu Hafiz,Fifi Qaqa,Nana.
HARI PERTAMA (19Nov2016)SABTU
630pagi : jam kumpul di pekarangan mesjid bt.8 Ulu Kinta, smbil tgu rakan2 yg jauh dan dekat,cai ration dan mula packing brng2.
730pagi : sarapan roti canai dan ns lemak, di kedai mkn berhampiran. Sambil menunggu lagi dan lagi rakan2 yg belum siap2.
900pagi : baru nk gerak menuju checkpoint Empangan SAS. Lps check nama dgn list pokguard sekuriti ,kami bisa masuk melepasi pos kawalan. Park kete kat situ dan bejemaah naik lori polis menuju ke starting poin jarak dalam 3km dari pos pengawal.
Dam LAP Gate
1000pagi: warm up,regangan,sesi ice breaking ciput dari rakan2 hiking,iringan doa dan mola angkat sauhhhh
12pm: tiba di air terjun balak, makan lunch pek disini dan solat zuhur
Air terjun Balak
3pm: singgah di Kem Seroja sebentar
Kem Seroja
6pm: tiba di Kem.Kijang , setup fly dan ground dalam keadaan hujan. Selisih dgn grup yg baru turun dari puncak Korbu,mereka berehat sbntar di bwh fly kitorang,ade sorng ahli dari grup kena hipotermia,sian ooo
830pm: siapkan menu mkn malam oleh Arnii,Fifi,Wana dibantu oleh Lee & Salman QC dan Pae. Mlm ni mkn ayam msk merah,jelatah,papadom,ikan masin dan tembikai (sebijik dah golek2 hilang dalam radar). Alhamdulillah selesai mkn mlm,semua masuk tdur diiringi bunyi2 unggas rimba dan aliran sungai Termin di sisi khemah.
HARI KEDUA (20NOV.2016)AHAD
230pagi: bgun sepertiga malam dlm keadaan hujan,Akmal kejutkan geng mkcik kantin utk siapkan mkn pagi. Disusuli oleh kwn2 yg lain. Dlm keadaan becak,dan ground yg mula mengalir air hujan. Kami sepakat utk bgun beristiqomah tidak teruskan mimpi2 yg indah,dlm kedinginan awal pagi dan keadaan berterusan sehingga jam 7pagi,lps semua makan meegoreng resipi Arnii , umpama mkn sahur,suap ke mulut smbil mata tertutup terbukak.
715pagi: Selesai berkemas dan mula bergerak menuju ke destinasi seterusnya,yeah semangat.
Kem Kijang
11pagi: Tiba di LWP,masak utk lunch pek iaitu nasi goreng apa ade nye, sedap sngt biasa lah dlm hutan semua nya sedap.
Last water point
1245pm: Mula trekking mencanak,lagi dan lagi. Kaki dah mola krem,badan dah mula lembik,mental dah nk masuk level pewai kuasa dua. Kata2 semngat dari yg tersayang kat bwh sana supaya abeskan perjalanan ini,maka nya Puncak Botak ke Puncak Chuban ke Puncak Korbu Raya dapat kami teruskan . Cuma nk bgtau, berapa punya pacak dia smpai nk daki berapa belas bijik tangga bomba dngn kecerunan menjangkau 90darjah dgn becak tak ingat smpai ke betis. Ni memang yg kami dapat dan ikut jer slogan RGS iaitu redah jer...
Trek ke Puncak dari puncak botak ke korbu peak
Sikit lagi nak sampai ke korbu peak tu- gambar dari puncak botak
6pm: Tiba di Puncak Korbu dgn berbekalkan semngat yg bekobar2 wpun dah berapa bnyk sumpah seranah terpacul dari bibir. Segala keluh kesah dan nafsu amarah terhapus di kala melihat suasana di atas Puncak Korbu berketinggian 7ribu kaki ni dari paras laut. Seluas pemandangan terpancar bandaraya Ipoh,dan Lembah Kinta beserta pergunungan Banjaran Titiwangsa,Awan berkepul2 mcm karpet dpt kami lihat dgn mata kepala,fuhhh sungguh asyik masya.Alloh ..
830pm: Selesai menyiapkan tempat tdur utk malam kedua ni di Puncak Korbu,bergotong royong menyiapkan menu makan malam iaitu nasi puteh,lauk daging masak.kicap mmg A kelas pertama. Mlm ni buat sikit sesi suai kenai bertujuan merapatkan ukhwah sesama rakan hiking. Dan semua kembali ke tempat beradu bagi kumpul balik tenaga utk hari esok. Alhamdulillah,langit cerah mlm ni menandakan tidak hujan,tempat tidur pun selesa tidak berhimpit mcm mlm di Kem.Kijang. Lena semuanya.
Menu Kelas A
HARI KETIGA (21NOV.2016) ISNIN
530pagi: suara ketukan penutup periuk memecah kesunyian pagi, menandakan waktu utk bgun dan bersiap. Selesai briefing sikit,kami mula bergerak menuju ke Puncak Gayong.
830pagi: Alhamdulillah,misi sampai ke Puncak Gayong. Walaupun penat masih tak hilang,namun tetap semangat dan abadikan kenangan dalam gambar nk bgtau kat sapa2 khususnya diri sendiri bahawa,kami selamat smpai ke Puncak Korbu dan Puncak Gayong dgn jayanya, Ho Yeahhhh. Berlatarkan belakang panorama alam sepanjang trek permatang antara Korbu dan Gayong,semua nya makin beseri2 muka walaupun tak mandi
Pewai dan ceria
Crew RGS
1100am: Tiba di Puncak Korbu dan mula berkemas. Pagi ni sempat menjamah mee goreng oleh Chef Saiful Labuan, ada sikit sup cendawan buat bekal perut sepanjang trekking menurun hari ni.
1245pm: Selesai foto2 berkumpulan dan bersendirian utk kenangan,Maka perjalanan utk pulang pun bermula. Sblm turun,segala sampah kami bawa turun supaya kebersihan dijaga dan tidak menjadi permasalahan dibelakang hari.
4pm: Tiba di LWP , masak megi buat lapik perut,singgah sebentar solat
6pm: Tiba di Kem Kijang,singgah kutip sampah
830pm: Tiba di Kem Seroja,singgah makan malam nasi lauk sardin,fuhh kenyang beb. Nk dijadikan cerita,grup lead Akmal dan Salman dah smpai dibwh starting poin. Grup tengah2 dikepalai oleh Lee dan grup belakang di akhiri oleh Pae. Maka jam smpai di starting poin masing2 tak sama. Dengan loaded yg agak berat dan bnyk (sampah), pace jalan yg dah tak bermaya,keadaan malam gelap yg merumitkan keadaan serta simpang jalan yg keliru. Ini lah sikit sebanyak halangan yg kami tempuhi sepanjang trekking 8jam ke 14jam hari ini, dan grup terakhir sampai di starting poin pada jam 2pagi. Alhamdulillah , selamat semuanya.
Sebab waktu pun dah lewat,jadi kami berkumpul dan overnite di starting poin sementara menunggu pagi hari. Hari yg sangat indah buat semua peserta. Kehkehkehhh
HARI KEEMPAT (22NOV.2016) SELASA
830pagi: kedatangan truk powil membawa kami keluar pagi ni,menandakan ekspidisi telah berjaya. Sekalung tahniah buat semua yg terlibat dari orng2 kuat RGS , kami menyusun 10jari jika ada sebarang kesulitan. Selesai makan pagi di warong berhampiran, masing2 pulang ke rumah,ada yg jauh dan dekat tetapi misi yg sama iaitu ke Puncak Korbu dan Gayong. Semoga ukhwah antara kt dibina disini. Moga berjumpa lagi di lain waktu. Selamat mendaki dan Salam Perkenalan dari RGS.
- mass bro-