Trip suka suki Bukit Engku Busu
Ikut cadangan asal 02042016 kami nk redah ke bukit Engku Busu tp last minit opis suruh masuk koje plak.. Maka plan berubah ke 03042016 tp Bad terpaksa tarik diri sebab2 tertentu.. Maka kami berempat Wana, Dina Pejoi dan aku
Bukit Engku Busu terletak di Lumut.. Bukit ini setinggi 331.4 meter (1087 kaki) adalah sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput olhe Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang dikatakan sebagai lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dindings dan Sungai Dindings. Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh. Walau bagaimanaun, Raja Engku Busu telah terbunuh dan gagal dalam misi tersebut..
Disebabkan asyik terdengar dari geng hiking Perak yg cakap bukit nii sesuai utk latihan hiking minat aku kesana makin membuak...
Trek Bukit Engku Busu, Pacak dari awal sampai le ke puncak... Pacak lebih kurang sama macam Tabur West sampai checkpoint 9.. beza nyer trek Engku Busu banyak akar2 besar Tabur West pulak banyak batu quartz....
Setelah bertungkus lumus cari rumah Pejoi.. Kami samp kaki Bukit Engku Busu lebih kurang pukul 0900.. Pukul 0915 kami start naik dalam pukul 1000 jugak le samp ke puncak.. Di puncak Engku Busu xda view.. Yang ada cuma kerusi meja dan batu tanda... Tapi sebelum sampai ke puncak ada satu port kita boleh nmpak base TLDM ....
Port lepak sebelum sampai puncak... Dr sini ke puncak dlm 10 minit jeee |
Kami lepak di puncak xle lama mana sbb ada kenduri org kuat RGS.. Alhamdulillah kami sampai kaki Bukit Engku Busu dalam pukul 1100.. Dan selamtat sampai Ipoh pukul 1300...
Kepada Paknol
Purnama tersenyum ramah, Bintangpun tak mau mengalah, Mengiringi do'aku yang indah, Untuk kalian yang baru menikah, Semoga terbentuk keluarga sakinah |