Jumaat, 1 Mei 2015

Gunung Stong Dabong 17Apr-18Apr15





Trip pembukaan RGS bagi tahun 2015 adalah Gunung Stong-air terjun Lawang, Dabong, Kelantan. Alhamdulillah trip kali ni rmai muka-muka baru yang cintakan flora dan fauna.


Trip ke G. stong sebenarnya sudah dirancang pd thn lepas, tp disebabkan kelab RGS lebih menumpukan Trip ke GKinabalu maka trip stong terpaksalah ditangguhkan. G. stong yg mempunyaai ketingggian 1420M merupakan g. ke-3 tertinggi di kelantan selepas G. Tera dan G. Ayam. pd kebiasaan para pendaki lebih gemar melakukan trans G. Stong dan G. ayam selama 3 hari 2 mlm. Tp bg team RGS kami lebih suka trip santai dan tak memenatkan, sbb perjalanan Ipoh _dabong sudah mengambil masa setengah hari. Keputusan dibuat bersama utk trip 2 hari dan 2 malam trip Air terjun langsir-G. Stong. Atas cadangan guide ayoh mie


Rata2 para peserta adalah dikalangan budak2 baru yg baru nak mencuba xtviti ini. Mereka terdiri dari bebudak APPU(pekerja2 unisem),Budak kuala kangsar, KL dan Ipoh. seramai 20 peserta kesemuanya dan merupakan peserta terbanyak utk trip kali ini. 


Bermulanya perbincangan utk trip ni sampailah selesai trip ucapan Terimakasih pd commitee kelab RGS badrul, zainul, mior, megat,Fahmi, pae krn menjayakan xpdc ini dan Tahniah juga pd new members Ilham,firdaus,Faizal,fazwan, ijoi,Dina, wana,Ira, bebudak APPU arini, elysa,Nila,anisah,bertha dan nhisya krn berjaya tawan puncak stong.

Dan ribuan terima kasih pd  AYoh mie dan Ayie selaku guide RGS atas tunjuk ajar dan ilmu hutan serba sedikit. 



Aku akan cerita tentarif dari team Ipoh



17/04/2015

  • 0800  - Kami smua keluar dari rumah dan bhimpun/sarapan di Karisma 
  • 1000  - Memulakan perjalanan ke Cameron Highland - Gua Musang
  • 1230  - Selamat sampai di Gua Musang. Dan makan tengah hari di sini. Berjumpa group dr kl. Cuma 2 org,megat dan faizal.
  • Pergh.. mahal siot mkn kat gua musang ni.
  • 1315 - Solat jumaat di masjid Gua Musang. Masjid baru
  • 1435 - Perjalanan kami tergendala dek tersilap jalan dimana kami mgunakan jalan biasa menghubungkan g musang-dabong-jelawang disebbkan Jambatan runtuh akibat banjir besar melanda kelantan pd akhri 2014. Perancangan awal kami memang akan melalui laluan alternatif ke dabong iaitu melalui SG sam info dari JKR dan balai polis G. musang, tp masih tersilap jln dek krn terlalu excited lah katakan.

  • Perjalanan asyik terhenti di sbbkan modal2 ni
     Konon2 diorang lompat jambatan tu runtuh

     
  • 1445 - Kami bpatah balik ke Gua Musang dan melalui jalan sg Sam utk ke Dabong
  • 1710 - singgah minum dan bungkus nasi utk makan malan di kem baha di kedai air tuak. 
  • Sampainya ke Dabong. singgah dulu melihat suasana stesyen KTM dabong yg musnah akibat banjir. Pasca banjir, penduduk kg skrng menggunakan Bas menggantikan keretapi yg digunakan sebelum ini. 
stesen KTM masih belum dpt digunakan lagi
  • 1815  - Alhamdulillah kami samp resort Gunung Stong. Di sini kami salin pakaian mgagihkan barang2 dll





  • 1945  - Selesai taklimat dari Ayoh Mie dan Ayie selaku guide kami kali nii.. Kami memulakan perjalanan ke Kem Baha
Ayoh Mie(Guide) dan badrul intifadha
Simpang sblum ke kem baha
Di antara tanda amaran di AIr terjun jelawang

Baha Kem
  • 2200  - Kami samp kem Baha dimana tempat kami tido mlm tuu.. Ok kem site dia mmg friendly gila.. xda lagi kem site yg aku jmpa friendly mcm nii.. ermm selain kinabalu le. Pada malm tu km memulakan aktiviti pasang fly khemah dan main masak2... selesai semua termasuk makan.. Hang Pae pnggil smua peserta bkumpul dan mperkenal diri masing2 sambil ditemani oleh sound effect burung apa pun aku tak tau.. bunyi macam wisel tull.. kat Gng bujang melaka pun ada bunyi nii... ok dekat sini aku baru kenal diorg nii... kalau x nk pggl nm pn tak tau.. :p
  • salah satunya Kem site yg ada toilet. 
  • 0300 am - semua dh zzzzzzz
  • 0730 am - Semua dh terpacak kat tmpat nk tgk sunrise.. Subhanallah cantik sungguh.





  • View dari Kem Baha
  • 0945 am - Kami memulakan pendakian ke puncak gunung stong selepas selesai breakfast dan mandi manda

Penyedian sarapan pagi oleh bebudak APPU. 



                                 Diantara laluan lebihkurang mencabar jugak lah.ermmm

Gua ... punca air terakhir sblum ke puncak

  • 0330 pm - Alhamdulillah semua selamat samp ke puncak gunung stong. Sampai puncak aku di sambut dgn tupai yg mmg freindly. gemuk tul tupai sini




  • 0430 pm - Bila smua dh puas lepak puncak kami pun turun ke kem baha. Dalam perjalanan turun ke kem baha pada mlm hari byk gak cerita nyer tp alhamdulillah tiada perkara x diingini belaku

  • 0820 pm - Semua selamat tiba ke kem baha.. Chef dah ready nk main masak2.. menu kami malam tuu.. masak lemak ikan masin dgn telur sambal..selesai makan rmai yg pergi bdengkur. penat sangat gamak nyer..Tinggal aku dan ijoi layan cerita ayoh mie.. Hang pae, hang fami jokowi dh tido2 ayam..sat2 je mcelah 
19/04/2
  • 0930 am - Lepas sarapan magi, kemas apa2 yg patut kami semua pergi mandi manda di telaga tujuh. Bukan main seronok deme nii jumpa air terjun. Jenuh bgambo.





  • Sebelum berangkat ke resort
Sekitar telaga Tujuh
  • 1230 pm - Lepas smua fly khemah dan barang siap di packing. Kami pun memulakan perjalanan turun ke resort gng stong kali ni mlalui trek air terjun..


Trek air terjun

To Rgs terima kasih semua mberi kerjasama.. Semoga aktiviti nii bterusan..
Gng Stong terbaik.. bersih.. kem site yg friendly.. guide yg profesional dan mmentingkan kebersihan.

Selamat tinggal Ayoh mie dan ayie
Ending....... Dinner di pekan grik..
\