Khamis, 24 Mei 2012

360 view xpdc yellow pass 16-17mac12

Pembuka tirai tahun 2012. Ekspedisi masih disekitar kg raja,cameron highland. Disertai 9 org peserta yg kali ini terdiri dari mior ahchong, adik mior,zainul,megat,poi,rosli,apit,bad dan abu kerbau selaku guide. Peserta kali ni x ramai, ini je yg ade sebab beberapa ahli tarik diri sebab ada kecemasan. Kami bertolak dari simpang pulai ke kg Raja pada mlm jumaat 16mac, tempat biasa kami berkumpul di restoran karisma. 2 jentera kereta buatan malaysia digerakkan membawa peserta2 untuk ke kg raja pd mlm tersebut dan lagi satu bertolak pd keesokan paginya sebab salah sorang peserta en. Megat sedang bertarung dalam satu perlawanan penting mlm tu. Jd setelah menjamah sedikit makanan kami terus ke kg raja pd Jam 10.00 dan tiba pd jam 11.30 mlm.
(Sekolah kebangsaan kg raja tempat menginap) . Kami dapat menginap di surau sekolah tersebut setelah mendapat kebenaran dari pengawal sekolah. Bayaran Rm5 sekepala dikenakan dan Rm5 untuk parking kereta. keadaan pd malam tu agak dingin juga walaupun dalam bilik yg bertutup sehingga memaksa kami keluarkan sleeping beg. Keesokannya setelah solat subuh berjemaah kami mula bersiap sedia packing barang sementara menunggu Megat,rosli dan poi yg sedang dalam perjalanan. setelah semua selesai kami kemudian bersarapan di kampung Raja. Lauk ikan goreng, ayam dan nasi putih ditapau utk menu tengah hari nanti. kami akhirnya bertolak dari kg Raja dalam Jam 9.00 pg dengan menaiki 4W utuk menuju ke srating point. Tiba di starting point jam 9.30pg.
SARAPAN DI KAMPUNG RAJA
STARTING POINT Starting point terletak betul2 ditengah sempadan Perak dan Pahang. Bacaan doa ringkas menjadi pembuka tirai permulaan xpdc kami pd pukul 9.30pg. Permulaan yg agak memenatkan kerana trek pacak mengambil masa lebih kurang 1 jam sehingga ke gunung yellow. Tiba di puncak yellow pd jam 10.30pg. Puncak yellow dikelilingi pokok2 renek dan view cuma 30 deg sj.
PUNCAK YELLOW
BATU SEMPADAN PERAK PAHANG (terletak ditengah persimpangan ke gng Pass-atas-) Setelah lepak lebih kurang dekat 1 jam di persimpangan Yellow Pass, borak2, kutuk2 dan gosip2, berat juga punggung nak bangun bagi meneruskan perjalanan ke puncak Pass. Jam dah hampir 11.45am lalu kami memaksa diri juga meneruskan perjalanan, seperti yg diduga trek memang Santai habis , bak kata abu kerbau " kita sedang menaiki highway" trek landai dan ada sedikit naik dan turun bukit. Ini bertepatan dgn apa yg kami dapat info dari blog2 hiking. walaupun trek landai yg memang sesuai sgt utk budak2 baru, tp ada sesetengah peserta senior pancit habis... ha2 agak2 sapa lah tu.. tp mmg enjoy lah trek ni. boleh lah buat trip utk kali kedua. Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dan matahari dah terpacak kami mula mencari pot utk mengisi perut yg mula mengamuk kelaparan. Menu tappau pagi td menjadi hidangan t/hari. Kami meneruskan perjalanan pd jam 2.00pm. Semasa dalam perjalanan yg hampir sampai kami dikejutkan oleh tapak kaki binatang yg baru melintasi trek. Tapi tidak dpt dipastikan haiwan tersebut , berkemungkinan besar babi hutan kot. Tp atas semangat keberanian dari Abu kami meneruskan perjalanan juga dan akhirnya selamt tiba di puncak Pass pd jam 4.30ptg.
(Gambar atas camp site puncak gng Pass-boleh muat 4-5 khemah) Hilang rasa penat setelah melihat keadaan sekeliling yg memukau anugerah ciptaan Allah. View 360 deg boleh nampak Gng Irau trans Titi, yong belar, korbu,yong yap, dll. Keadaan cuaca ketika tiba di camp site agak mendung dan tanpa melengahkan masa kami memasang 2 fly dan mula membuat persediaan utk memasak. Water point dari camp site lebih kurang 30 minit.
(BELAKANG APIT-TRANS TITI)
(BELAKANG MEGAT GNG IRAU)..... Tukang2 masak utama kami tidak dapat menyertai xpdc kali ni, jd terpaksalah juga Abu yg sememngnya pakar dlm memasak. Rupa2nya sebenarnya ada lagi sorang team kita yg pandai memasak. sebelum ni dia hanya di belakang tabir. nak tahu siapa dia sila lihat gambar dibawah. haha.. kawan2 tekalah sendiri.. Menu makan malam masak lemak nenas ikan masin dan ayam black paper. memang power...menu pagi kuew teow goreng. minumam pula tongkat ali cafe.
(WATER POINT- 15-30 MINIT DARI CAMP SITE) Kesokan harinya 17 mac, sekali lagi kami ke water point nak basuh apa2 yg patut, pinggan periuk dan .... berhempas pulas jugalah ke water point kerana cerun yg curam menuju ke anak sg tersebut.
kira2 jam 11.00pagi kami mula meninggalkan camp site yg penuh kenangan indah. Sebelum team RGS meninggalkan camp site, bendera Malaysia kebanggaan kami di kibarkan di puncak gunung PAss ini. supaya ia menjadi kenangan abadi menandakan Team kami dah berjaya sampai ke sini.
kami selamat tiba di starting point pada pukul 4.30 ptg. rupa2nya 4WD dah lama menanti kami..sekian utk kali ini.. wassalam...