XPDC G7 Jalur Gemilang Di G. Yong Belar 24-26 July 2010
Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki).
XPDC kali ini merupakan kali pertama team kami ke gunung G7 atau gunung ketinggian yg melebihi 7000 kaki di semenanjung M'sia. Misi kali ini sebenarnya bukanlah bertujuan semata2 nak kibar Jalur gemilang di puncak yong Belar tp misi menentukan kejayaan team Gigaspramuka yang julung kali buat trip melebihi 2 hari..Al- maklumlah, cuti bukannya senang dapat. Peserta kali ini terdiri dari 11 orang termasuk 2 org guide iaitu abu, meor, selaku guide. pokcik,pae, ahchong(mior), bad, zainul,ikkam, wan, megat dan ciam.
Tentatif XPDC Gunung Yong Belar spt berikut:
23 July 2010
09.00pm - berkumpul di depan Unisem
09.45pm - akibat terlalu lama menunggu ketibaan 2 org VIP,
kami berkumpul pula di restoran Karisma.
10.15pm - lepas pekena roti/nasi goreng mamak, kami terus bergerak ke Kg Raja Cameron Highland.
11.30am - Tiba d Masjid kampung Raja. berkumpul dan packing beg.
24 July 2010
5.40am - bangun dan solat subuh berjemaah. Tok Imam nampak seronok saja hari ni kerana jemaah ramai. Sebenarnye kami bukan group kami aje bermalam di masjid ni. ada lagi group dari KL bermalam utk xpdc mereka ke gunung Tok Nenek.
7.00am - Sarapan pagi di kedai kelantan. tapau lauk t/hari.
8.15am - Naik 4WD terus ke strating Point.
8.45am - Tiba di strating point.(DAM)warm up
9.00am - start mendaki. jalan tangga sebanyak 216 anak tanggga ( lebih tepat refer Ikkam, dia yg kira).
9.30am - Tiba di boundary Pahang/kelantan. jalan aliran paip sehingga ke anak sungai.
10.00am - tiba di anak sungai.
2.00pm. Tiba di Kem Tudung periuk. Masak dan makan tengah hari disini.
10 minit ke water point dari kem ini.
3.30pm - bertolak ke Kem Kasut.
7.30pm - Tiba di kem kasut. water point lebih kurang 10 minit dari kem ini.
kami agak terkejut dengan longgokkan sampah di kem ini yg ditinggalkan oleh Para pendaki yg tak bertanggungjawab. Harap2 para pendaki lain sedar dengan sikap ini suatu hari ini Kem ini mungkin jd puncak tertinggi Yong Belar.
9.00pm - masak dan makan malam.
25 July 2010
7.30am - wake up. dan sediakan sarapan pg.
10.00am - Lepas sarapan Bertolak ke puncak G.Yong belar. Peralatan dan beg kami tinggal di kem kasut. Jd perjalanan ambil masa lebihkurang 1 jam.
11.00am - Tiba di Puncak. Layan view dan bergambar.
12.30pm - Turun semula ke kem kasut.
1.30pm - makan t/hari. makan ala kadar je. maggie kari..
2.00pm - bertolak ke kem tudung periuk. Memang best perjalanan ke Kem tudung periuk sebab trekking dalam Hujan...
6.00pm - Tiba di Kem Tudung periuk.
8.00pm - Masak mkn malam. Menu malam ni memang mewah sebab nak perabih apa yg dibawa. Menu disediakan oleh chef Ikkam dan Pokcik. Yg lain tu tolong tengok aje.
9.30pm- Makan malam.
26 July 2010
7.30am - wake up. dan sediakan sarapan pagi.
10.00am. Bertolak ke starting point.
2.15pm - Tiba di DAM. mandi manda....
3.00pm - 4WD tiba. dan bertolak ke masjid kg Raja.
3.30pm - Semua peserta selamat sampai.
Masjid KG Raja
Abu(Kerbau) selaku guide
Megatron bersiap sedia
Pae Taming sari
Ciam Berada di Boundary Pahang/kelantan
Trekking paip
Mior selaku Guide 2
Wan di Lintasan sungai
Pokcik di PUNCAK WARPU
Ah Chong penuh Gaya
Kem Tudung Periuk
Trekking Ke puncak dari kem kasut.
Bad_Intifadha perjuangan mesti diteruskan.
View puncak yong Belar.
Zainul kegembiraan tak terkata ketika berada di puncak.
Ni dia tukang masak dgn pisaunya diimport dari kelate, Ikkam.
Ni yg kami tinggal sepanjang XPDC- tapak kasut.
Berangkat Pulang...
Kenangan tak akan kami lupakan ketika bersama rakan2 dalam xpdc ini. cabaran yang ditempuhi semua meniggkatkan lagi semangat untuk xpdc yg lebih mencabar. sekian
bad_intifadha.