Rabu, 4 Mac 2009

GigasPramuka ...ade ape dgn name??

Pramuka dan Pengakap dan Scout .....

2 istilah yg bbeza tapi mpunyai 1 nama yg sama iaitu Scout .
Scout adalah dlm English kalu diMelayukan mksudnye Pengakap.. (ghupenye...)
Mengikut makna dlm bahasa Indonesia;
Pramuka dari nama "praja muda karana"memberi maksud "pemuda yg sanggup bekerja"
Pengakap @ Pramuka pada amnya adlh dalam pergerakan dibawah Scout sedunia.
Nama jer bbeza tapi knape kami pilih Pramuka tak Pengakap??
sebabnye mungkin nk carik kelainan dlm nama kelab , dan 1 faktor lagi sebab kami rasekan xtvt dan xpdc yg kami buat tak lari jauh dgn program pengakap sendiri .
Teringat dulu mase zaman skolah , memang syok kalau join xtvt pkhemahan kelab pengakap.
Mase nie dapat rase bmalam diluar rumah ,masak2 , maen2 dan bkhemah bsame2 rakan2 .
Rasenye byk mende ble belajr time berpengakap dulu, salah satunye ikatan.




Logo Pengakap Malaysia

Info Sket

Pengakap Malaysia dipercayai ditubuhkan pade 1910 (2tahun lps yg 1st tubuh kat UK),
skrg ianya beroperasi dengan nama Perseketuan Pengakap Malaysia beribu pejabat kat Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
Lagi info kat sini http://www.pengakap.net
Motto "Sekali berPengakap Terus berPengakap" , hehe ..tak ble lari dgn tema nie





Isnin, 2 Mac 2009

Gunung Suku 7- 8 Jan 2009

Gunung Suku merupakan sebuah gunung di negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia dan mempunyai ketinggian (5,894 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Gambar d atas merupakan pemandangan dari puncak gng suku. Kita dapat melihat banjaran titiwangsa yg terdiri dari gng korbu, cameron, cabang, irau, berincang. Juga dapat melihat lebuh raya simpang pulai- cameron.

Xpdc kali nampak nya Tuan speker club Pae tamingsari x dpt mnyertai atas sebab tertentu. Ejad sangrajunatapa dan Fai parangman juga x dpt ikut mungkin tengah period Kot.
Anggota baru yg menyertai xpdc kali ini terdiri dari Ikkam, Meor,Wan, Epoi,Lily, Gee, Inn, Lara dan Lan.
Masa yg d ambil untuk ke puncak +/- 8 jam termasuk 2 jam d water point utk menyediakan mknan t/hari

Jadual Perjalanan

DAY I (7/01/2009)
7.00am - Kumpul d restoran Safani. Dan sarapan pg.
8.30am - Brtolak dari restoran ke Pos Slim,Simpang Pulai
8.50am - Tiba d starting point
9.00am- Start daki.. trek landai dan mencanak
10.00am -Rest Point pertama
11.30am - Rest point kedua ( nampak puncak gng suku). Suasana nyaman dan dingin
12.30 am - Water Point. Rehat dan makan t/hari di sini and solat zohor
(Menu simple.. mcm biasa ikan sardin jd santapan,
Perlu mengisi air d sini untuk di bawa ke camp site).
3.00pm - Start daki mencanak... trek berlumut dan pokok renek
5.35pm - Sampai ke puncak gng suku. ( Biasa le bad intifadha,epoi dan zainul maharajalela sampai dulu. yg lain tu nampaknya tengah bincang bisnes semasa trkking tu sebab lambat).
6.00pm - Pacak khemah, Sesifotografi , silap mata hampeh.. dari Riok dan layan view. Camp site yg kecil hanya muat untk 5 khemah(4 org) shj.
8.00pm - Mkn mlm ( menu kari ayam)


DAY II (8/01/2009)
8.00am - Sediakan sarapan
10.55am - Start turun
12.00pm - Tiba d water point
2.35pm - Sampai kat strting point. d sini terdapat air terjun kecil, apalagi.. mandi la.. dah 2 ari tak mandi. badan bau macam kerbau...(yuckss!!)
4.00pm - Bertolak dari pos slim utk pulang
4.30pm - Singah mkn d restoran karisma(melayu) terletak berhadapan balai Bomba baru simpang pulai. Semua peserta nampaknya dgn lahapnya mkn nasi....

Kejayaan ke puncak dibantu oleh dua org pakar di belakang saya, Riok dan epoi.

Gambar D atas merupakan bayangan gunung suku diambil pd waktu pg. Anda juga dpt melihat highway Simpang Pulai- cameron.
Mengikut pengalaman Riok, dia pernah mendaki gng Suku semata-mata ingin melihat Le Tour D Langkawi. Anda dpt melihat dgn jelas pelumba2 Le Tour D Langkawi, tp kalau bawa teropong la...


Suasana Senja


Sausana waktu Pagi


"Aku nampak gajah kat bawah tu", Kata Lan pd Wan dan Mior

Jln Berlumut yg kami tempuhi menandakan dah hampir ke puncak gng. Suasana lembab dan dingin..

Rest Point kedua. Nampak Puncak gng suku di belakang. Walaupun keletihan tp masih mampu mengukir senyuman.....fahmi yg pakai tuala sangkut kat bahu tu senyum terpaksa tu....

" megat ! hang dah gosok gigi ke belum " kata lan


Buah ChekedonDon yg di temui Di Gng Suku



"Belakang saya pemandangan waktu senja dan gng Cabang" Kata Penyokong setia Arsenal.

Megat atau panggilan mesra abg K rull baru bgn lahh

Sausana Yg Dingin

Keta Park kat sini je ..InsyaAllah selamat


sarapan d sediakan oleh chef lily n ikkam



Peserta terawal tiba d bawah


Junggle Trekking



atas: Starting Point ,

bawah: Jaguh badminton juga tidak ketinggalan utk menyertai xpdc kali ini. Meor(kiri) dan Ikkam(kanan) merupakan peserta terlewat sampai ke puncak d sebabkan menolong kekawan yg pancit.. hu.hu


Ahad, 1 Mac 2009



Sewaktu menuruni dari pucak gng bujang melaka, kami melalui kebun durian lalu d pelawa empunya kebun. Apalagi dgn tanpa segan silu kami menjamah durian tersebut dgn Kulit2nya sekali.. sebab kelaparan setelah 3 jam trekking. hu hu

Gng Bujang Melaka 10-11 ogos2008


D pekarangan masjid Kampar ketika sedang menunggu ketibaan VIP Dato' Riok selaku guide


Trip yang julung kali diadakan setelah beberapa kali tertangguh, peserta terdiri daripada Bad Intifadha selaku Presiden kelab , Pae Tamingsari , Fairul Parangman , Megat K'rul Megat Terawis , Zainul Maharajalela , Fahmi Kalimahsakti dan Eyzad Sangrajunatapa .
Info sket pasal Gunung Bujang Melaka ketinggian 1234meter besamaan 4048kaki.
Kategori daki 5/10 . Sesuai utk tahap beginner mcm kami nie .
Tempoh daki dalam 4-5 jam utk fullback packing.
Rekod naik-turun gunung Bjg Mlk nie 2jam setengah!!! (whutta' f***)(army kalu x silap)
kami nyer time?? 7 jam ( hehehe)

Tentatif XPDC Gunung Bujang Melaka spt berikut:

DAY I
0830 Berkumpul dan Sarapan di Restoran Ghani , Gopeng
0930 Tiba di kampar dan berkumpul (tunggu guide kitorang bro Riok)
1100 Mula trekking , start dari Air Terjun Batu Berangkai
1700 Tiba di Campsite (Kem Lebah)
1730 Trekking ke puncak Gunung Bujang Melaka
1900 Tiba di puncak (Fuhhh, sekali kabus taknampak pape hehehe)
2030 Turun ke Campsite , makan minum berjudi tidokkkkk kumpui tenage


DAY II
0800 Sarapan pagi (lauk sardin dgn roti Gardenia)
0900 Kemas kemah dan candid2 gambar
1000 Mula trekking turun
1230 Pendaki awal sampai kat Batu Berangkai (Megat & Pae)
1400 Ketibaan dif2 kehormat (patut lambat layan durian kat kebun org asli)
1530 Betolak pulang ke istana memasing
1900 Masuk shift malam (hehe padan muka kene koje)


Seribu wajah serungkai kata-kata

sumpah!! Kami tak daki pakai jip nie!!


isyarat baguih dok ada menandekan kami ok lagik (starting jer ...)


muke masing2 dah sayup letih (tapi still control)

abe Fai peacemaker

abe Zainul & abe Bad (terawal tuhhh)


bejaye yeah!


fami - fai - pae bawah beirut bujang melaka















Kejayaan menawan puncak gunung bujang melaka, kampar, Perak.
Anggota gigas pramukaclub yg terlibat dalam ekpidisi ini terdiri dari 7 org iaitu Bad(yg duduk), dari kiri Pae,Fahmi,Fai, zainul, megat(tiada dlm gambar) dan ejad (tiada dlm gambar). Megat dan ejad tidak ada dlm gambar d sebabkan keletihan dan kegimbiraan terlampau ketika baru menawan pucak gng.