Hujung Minggu di Irau 26-27 Jun2011
Pada pertengahhan thn ni sebelum menjelang bulan puasa, aktiviti club masih d sekitar cameron highland iaitu gunung Irau. Gunung Irau merupakan yg ke-9 tertingggi di semenanjung dan merupakan gunung yg gemar didaki pendaki utk melepaskan gian di hujung minggu. ketinggian 6,923' dah cukup membuatkan suasana sungguh sejuk ketika berada di puncak. Disertai seramai 12 org iaitu ahli tetap. Bad, Zainul,wan,megat,ikkam dah ahli tak brp nak tetap iaitu eja,Poi,aziz,demo,fahmi,nuni dan sannah.
Bermulanya group kami berkumpul di restoran karisma simpang pulai pada jam 10.00pg 26 Jun. agak lewat juga kami bertolak dari simpang pulai sebab menunggu kekawan yg sebenarnya baru shj habis kerja 7.00am shif mlm. Group kami pd permulaan disertai oleh 13 orng tp atas sebab2 kesilapan technical seorng dah balik awal. keadaan trafik ke tanah tinggi cameron agak sesak juga membuatkan kami tiba di pekan Berinchang pd jam 12.30 t/hari.
setelah selesai makan dan solat zohor di pekan brincang, kami lapor di balai polis brincang dalam jam 3.30ptg sebelum meneruskan perjalanan kami ke gunung brincang. perjalanan dari pekan berincang ke starting point di gunung berincang mengambil masa lebih kurang 40 minit.
STARTING POINT. BRINCANG VIEW
Group kami tidak mempunyai guide utk Expidisi kali ini, jadi agak keliru juga kami mencari starting point. Pada mulanya kami mengagak starting point terletak betul2 di menara telekomunikasi berincang. Mujurlah ada peserta yg tak berapa confidence cuba menanyakan security yg menjaga kawasan tersebut. rupa2nya kami dah terlajak.
Gunung Irau merupakan gunung yg selalu dikunjungi dan anda tak perlu risau kerana keadaan trek yg begitu jelas. Sepanjang trekking kemungkinan anda akan berselisih dengan pendaki2 lain yg sedang turun dan pada waktu itu anda perlu menanyakan keadaan puncak jika ingin bermalam di sana.
Agak mengecewakan juga kerana group kami tidak dpt bermalam di puncak kerana sudah terdapat ramai pendaki yg bermalam di sana, anggaran lebih kurang 40 org sudah berada di puncak Irau besar. Jadi kami mengambil keputusan utuk meneruskan juga pendakian dan bermalam cuma di anak Irau. Agak lewat juga kami mula mendaki sekitar jam 5.00 ptg setelah menunggu hujan lebat reda. . Keadaan trek yg becak dan berlumpur menyukarkan perjalanan dan anda perlu menggunakan kemahiran mengimbang badan ketika menyusuri akar2 kayu. Perjalanan ke anak irau menggambil masa 2 jam dan kami sampai di anak Irau dlm 7.00pm.
TREK PACAK 80 DEG
TREK YG LUAS JIKA HAMPIR KE PUNCAK
TERDAPAT 2 PAPAN TANDA PENUNJUK ARAH DAN JARAK
BERMALAM DI CAMP SITE ANAK IRAU
perjalanan ke pucak sebenar irau atau dikenali Irau Besar mengambil masa lebih kurang 1 jam dari camp site anak irau. kami bertolak ke puncak irau pd jam 10.00am setelah bersarapan lebih kurang. Cadangnya nak lah makan nasi goreng tp masalahnye kuali pula terlupa nak bawa. Sup dan biskut menjadi pengalas perut sehingga ke petang. Kami sampai ke puncak pd 11.30am. Setelah tiba di puncak terdapat lg para pendaki dari group lain yg bersiap sedia untuk turun.
VIEW PUNCAK IRAU
BERSAMA TEAM RADAK
dalam ramai2 pendaki yg kami jumpa rupa2nya ada group dari Radak adventure. Boss radak adventure iaitu Riyok merupakan guide kami yg pertama semasa xpdc bujang Melaka thn 2008. kami akhirnya selamat tiba di park keta pd jam 3.00pm. Pd waktu petang hujan masih lg turun dgn lebatnya dan keadaan kami pd ketika itu rupa kerbau mandi lumpur.. ha3. kami tiba di ipoh sekitar jam 8.00mlm setelah penat bershoping di kim Farm. sekian saja untuk kali ini.. bye
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama