Ahad, 16 Ogos 2009

Bersatu Merdekakan Palestin

Tinggal beberapa hari lagi Malaysia akan Menyambut hari Kemerdekaan yg udah pun mencapai ke 52. Tapi adakah kita sedar saudara kita masih berjuang untuk merdekaan tanah air hingga ke hari ini sedangkan kita disini aman damai dan masih bersuka ria.....?? bacalah petikan dibawah. semoga ia memberi semngat untuk kita menjadi pejuang ISLAM sejati..

Saban tahun apabila tibanya bulan Rejab maka umat Islam tidak terlepas dalam mengupaskan peristiwa besar yang pernah dialami oleh Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj.
Isra’ bererti perjalanan nabi dari Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin pada suatu malam manakala Mikraj pula ialah perjalanan nabi dari Masjidil Aqsa ke langit untuk bertemu Allah.

Peristiwa ini merupakan suatu anugerah buat nabi s.a.w yang masih dalam keadaan dukacita setelah diuji dengan kematian 2 pembantu utama dalam menyebarkan usaha dakwah Islam iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib ditambah pula dengan penolakan dakwah dan kebiadapan penduduk Taif. Tekanan yang dihadapi oleh nabi memerlukan semangat juang yang tinggi serta sokongan yang tidak berbelah bagi dalam meneruskan perjuangan suci. Melalui suatu doa yang begitu masyhur dalam perjalanan keluar dari Taif maka kita dapat bayangkan bagaimana ujian besar yang menimpa nabi s.a.w telah meyakinkan lagi kepada nabi bahawa perjuangan Islam mesti menempuhi segala kesusahan dan cabaran bukannya datang dengan mudah. Nabi menerima tentangan daripada kalangan keluarga terdekat dan juga musuh luar semata-mata kerana mahu meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Pada zahirnya maka kita dapat merasai bagaimana kesengsaraan dan keperitan yang ditanggung oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w di mana hampir melumpuhkan terus dakwah Islam yang diperjuangkan selama ini. Baginda menerima tekanan dan ujian zahir dan batin secara serentak tetapi atas keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap Islam yang sepastinya akan diredhai dan dibantu oleh Allah maka semangat nabi terus membara sehinggalah Allah menganugerahkan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini. Jika Allah takdirkan nabi berputus asa dengan apa yang berlaku maka sepastinya Islam sudah lama terkubur tetapi sebaliknya agama Allah terus subur di bawah perlindungan Allah sehingga kita mampu merasai kenikmatannya pada hari ini.

penderitaan rakyat Palestine ...sampai bila!!

Jika sebelum ini terutama sebaik sahaja berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj maka masyarakat mula bercakap mengenai kebenarannya samada betul-betul berlaku atau sebaliknya.Pada hari ini kehangatan bumi tempat pernah berlakunya Isra’ dan Mikraj iaitu Palestin pula menjadi tumpuan fokus dan liputan dunia terutama selepas pengganas dunia Amerika Syarikat mengistiharkan bahawa Baitul Maqdis adalah ibu negara negara haram jadah zionis yahudi. Nampaknya yahudi begitu bersungguh dalam memastikan matlamat mereka dalam menguasai dunia berpusat di Palestin akan tercapai dalam masa yang terdekat tanpa mengira apa cara sekali pun termasuk membina bangunan di atas runtuhan dan mayat umat Islam.
Ketika nabi dalam perjalanan Mikraj ke Sidratul Muntaha maka nabi dipanggil oleh panggilan yahudi dan kristian tetapi nabi tidak menyahutnya. Begitulah juga kita pada hari ini yang diterkam oleh yahudi dan kristian dalam memusnahkan umat Islam dengan pelbagai cara sehingga ramai yang terpedaya serta tunduk kepada kehendak kuffar durjana. Yahudi semakin mengganas malah terus membeli kuasa kristian dalam memastikan mereka terus mendapat sokongan semua pihak dalam berhadapan dengan Islam dan seterusnya mampu merajai dunia. Yahudi telah mewarnai dunia dengan darah merah serta menjadikan bumi sebagai tempat pertempuran sehingga banyak kerosakan berlaku demi memuaskan nafsu rakus mereka. Kejahatan yahudi tidak mampu disembunyi lagi walau pun mereka menguasai seluruh media yang ada. Cuma kita sebagai umat Islam yang bermaruah perlu sedar dan seterusnya bangkit dalam melawan keganasan yahudi itu terutama dalam memerdekakan semula bumi Palestin bumi Isra’ yang penuh berkat daripada cengkaman tangan jahat pengganas yahudi yang tidak berperikemanusiaan. Yahudi sedang dihimpunkan oleh Allah di Palestin dan menunggu lahirnya umat Islam yang benar-benar yakin terhadap tuntutan Allah untuk menghancurkan pengganas yahudi sebagai balasan terhadap keganasan yang dilakukan semenjak dahulu lagi. Jika umat Islam merasa perit dalam berhadapan dengan keganasan yahudi maka perlu ingat bahawa yahudi lebih merasa perit walau pun mereka mempunyai kekuatan wang dan senjata tetapi serangan berani mati seumpamanya telah menyebabkan keadaan negara haram jadah yahudi itu menjadi huru hara yang telah membawa kepada terjejasnya keadaan ekonomi negara tersebut.Inilah yang melahirkan perasaan takut sehingga yahudi secara membabi buta terus menyerang umat Islam tanpa mengira usia.

Galeri perjuangan Palestine

Adakah kita terus rela menjadi penonton setia kepada keganasan yahudi dalam membaham tubuh umat Islam serta menguasai setiap inci bumi Palestin milik umat Islam. Yahudi mampu dihancurkan dengan syarat umat Islam mesti kembali bersatu dan mengamalkan seluruh ajaran Islam.
Pemimpin negara umat Islam mesti disedarkan agar dapat memainkan peranan dalam menyatukan kembali seluruh umat Islam di bawah payung Islam dengan mengenepikan semangat kebangsaan yang sempit yang telah membawa kepada penderitaan yang begitu lama terhadap umat Islam sedunia.
Negara umat Islam bukannya miskin sebaliknya telah dianugerahkan dengan hasil mahsul yang banyak tetapi akibat kelalaian umat Islam maka kekayaan itu tidak mampu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan Islam bukannya untuk kepentingan pemimpin dan individu yang terbatas sahaja.
Negara umat Islam juga gagal dalam memaksimakan pengeluaran hasil bumi kerana kurangnya kepakaran yang menyebabkan kuffar mengambil peluang yang ada untuk menyedut keluar hasil mahsul demi kepentingan mereka.Kita telah dianugerahkan senjata dan kekuatan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk memanfaatkannya dalam berhadapan dengan musuh Islam. Disamping itu usaha dakwah turut terbatas dan kurang bersemangat walau pun peluang untuk berbuat demikian terbuka luas terutama di negara yang majoritnya Islam dan dikuasai oleh pimpinan yang mengaku beragama Islam.
Pendakwah Islam menjadi manja dan hanya mahu berdakwah secara mudah disamping kejahilan umat Islam yang menyebabkan mereka tidak mampu berperanan dalam berdakwah kepada teman seuniversiti, teman sepejabat, teman setempat. Kita lebih rela melihat rakan buka Islam dalam agama asal tanpa berusaha sedikit pun untuk menjelaskan tentang keindahan Islam. Ini disebabkan penyakit yang menimpa pemimpin negara telah berjangkit kepada rakyat. Akhirnya orang bukan Islam menguasai ekonomi negara sedangkan umat Islam hanya meraih simpati mereka dan terus berpuas hati dengan hasil sekadar cukup makan sahaja.
Adakah kita tidak pernah berfikir bagaimana keadaan negara umat Islam apabila tauke-tauke dan tokoh koprat serta jutawan yang bukan Islam telah menerima Islam sebagai cara hidup maka sudah pasti kekuatan Islam akan bertambah kuat. Tiadakah usaha yang terbaik dalam menarik mereka ke arah Islam. Sudah pasti ada terutama peranan pimpinan dalam melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara yang sepastinya akan menarik golongan kaya dalam turut merasai keindahan dan keadilan sistem Islam.
Jika setakat mengajak mereka untuk memeluk Islam dari segi ibadat khusus sahaja maka ia tidak mendapat sambutan yang baik. Oleh itu orakkan langkah, kuatkan tekad, terus istiqamah dalam memastikan Islam kembali memerintah dunia dengan sistemnya yang adil dan saksama.

INFO Ilmiah

Yahudi,Zionis & Israel
pmfst ukm
Yahudi Antarabangsa ameer abdullah
Palestinkini suara peduli palestin

Bad_intifadha

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama